CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44764|Reply: 0

[Perlis] Pemeriksaan kesihatan termasuk ujian HIV pelajar baharu sudah dilaksanakan

[Copy link]
Post time 14-7-2024 06:45 PM | Show all posts |Read mode
Pemeriksaan kesihatan termasuk ujian HIV pelajar baharu sudah dilaksanakan

14 Julai 2024 06:00pm




Zambry




KANGAR - Keperluan pemeriksaan kesihatan termasuk ujian HIV terhadap pelajar baharu untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan sudah dilaksanakan dan ia bukan sesuatu yang baharu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, proses pemeriksaan kesihatan bagi mendapatkan laporan perubatan pelajar perlu dilakukan sebelum mereka mendaftar masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.



"Itu telah lama dilakukan cuma mungkin kali ini diuar-uarkan disebabkan perbahasan di peringkat Parlimen yang bertanya dari segi jumlah bilangan (kes HIV dalam kalangan pelajar) dan sebagainya.

"Proses pemeriksaan kesihatan itu dibuat dari segi perubatan, jadi ia bukanlah sesuatu yang baharu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kangar di sini hari ini.

Zambry yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO ditanya mengenai laporan portal berita berkaitan gesaan agar universiti mewajibkan ujian HIV terhadap pelajar baharu susulan peningkatan kes melibatkan golongan itu yang berusia 18 hingga 25 tahun.

Menerusi laporan itu, Presiden Interim Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Nazirah Abdullah dipetik sebagai berkata, pada masa ini penularan kes HIV gagal ditangani di peringkat kampus kerana kekurangan usaha merangka dasar dan pelaksanaan program kesedaran kepada pelajar.

Gesaan itu susulan laporan media pada 4 Julai lepas berhubung pendedahan Zambry dalam Parlimen bahawa terdapat peningkatan membimbangkan kes HIV dalam kalangan pelajar berumur 18 hingga 25 tahun di IPT negara ini.

Zambry dilaporkan sebagai berkata, data daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan trend kes HIV yang beralun tetapi secara keseluruhan meningkat dari 2020 hingga 2023, dengan seramai 214 pelajar IPT awam dan swasta dilaporkan menghidap HIV pada 2020.




Bagaimanapun, angka itu menurun kepada 186 kes pada 2021 tetapi meningkat kepada 221 kes pada 2022, seterusnya 244 kes tahun lepas. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.207668 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list