CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 85310|Reply: 0

[Kedah] Mahu meninggal hari Jumaat dan tular di media sosial, gurauan Danish jadi kenyataan

[Copy link]
Post time 20-7-2024 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Mahu meninggal hari Jumaat dan tular di media sosial, gurauan Danish jadi kenyataan


Zuliaty Zulkiffli[email protected]





MUHAMMAD Danish Hakim rebah sebelum meninggal dunia ketika hendak menyaksikan perlawanan bola sepak antara KDA FC menentang JDT di Stadium Darulaman. FOTO Zuliaty Zulkiffli





Alor Setar: "Arwah sempat bergurau dengan kakaknya yang dia akan meninggal dunia pada hari Jumaat. Tak sangka gurauannya itu benar berlaku," kata Normiza Md Noor, 43.

Normiza adalah ibu kepada Muhammad Danish Hakim Muhammad Zahir, 18, yang rebah di Stadium Darulaman, malam tadi, sebelum perlawanan bola sepak antara Kedah Darul Aman (KDA) FC menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).

Allahyarham disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Zon Merah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Menurut Normiza, anaknya itu sempat bergurau dengan kakaknya, Nur Nafisa, 19, beberapa hari lalu seolah-olah tahu dia akan pergi dulu.

Katanya, arwah yang mesra dengan panggilan abang juga bergurau bahawa dia mungkin tidak akan hidup lagi sampai tahun depan.

"Anak saya memang suka bergurau dan amat disayangi guru di sekolahnya dan dia pernah kata pada gurunya jika dia meninggal dunia, pasti cikgunya itu akan merinduinya.

"Selain itu, dia bergurau memaklumkan dia akan tularkan (kematian) perkara itu kepada gurunya dan cikgunya tanya balik, tular pasal apa, dia (Muhammad Danish) hanya gelak-gelak," katanya ketika ditemui di kediamannya di Alor Senjaya, di sini, hari ini.

Normiza berkata, mereka tidak menyangka gurauan Muhammad Danish menjadi kenyataan apabila meninggal dunia pada hari Jumaat iaitu semalam dan tular di media sosial seperti dikatakannya.

Katanya, anaknya yang belajar dalam Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah memang mempunyai penyakit jantung berlubang yang serius sejak lahir.

"Pada 1 Januari lalu, dia tiba-tiba batuk berdarah dan perlu menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selama seminggu.

"Ketika itu, doktor memaklumkan keadaan Muhammad Danish makin serius dan keluarga perlu bersedia pada bila-bila dan memberi layanan terbaik, sekali gus memenuhi segala permintaannya.

"Jadi saya benarkan apabila arwah minta kebenaran untuk menonton perlawanan bola sepak bersama adiknya, Muhammad Farish Zakuan, 15, dan seorang lagi rakannya," katanya.

Normiza berkata, anak lelaki itu sangat meminati sukan bola sepak dan menyokong pasukan bola sepak terutamanya JDT dan KFA FC sendiri.

Katanya, Muhammad Danish juga berhasrat bermain bola sepak dan menjadi pemain bola sepak namun penyakit jantung berlubang dihidapi menghalang cita-citanya.

"Muhammad Danish kata jika dia tidak sakit, pastinya dia dapat bermain bola dan sebelum ini, adiknya menyertai pasukan Kenari Kid namun tidak serius dan dia marah pada adiknya.

"Dia cakap kalau dia sihat, pastinya dia akan bermain bersungguh-sungguh," katanya.

Disebabkan itu katanya, dia membenarkan Muhammad Danish dan adiknya menonton perlawanan bola di Stadium Darulaman, malam tadi disebabkan dia minat dan memahami keadaannya.

Normiza berkata, dia terkejut apabila menerima panggilan memaklumkan anaknya diserang sawan dan secara tiba-tiba sebelum meninggal dunia.

"Bagaimanapun kami reda dengan pemergian Muhammad Danish dan sudah pun berusaha memenuhi segala permintaan arwah.

"Namun saya bersyukur kerana dia pergi pada hari baik dan kami sekeluarga reda atas ketentuan Ilahi," katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja rebah sebelum meninggal dunia ketika menyaksikan perlawanan Piala FA antara KDA FC dan JDT di Stadium Darul Aman, di sini, pada malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.




Disiarkan pada: Julai 20, 2024 @ 3:41pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.393220 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list