CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15687|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pekerja kilang maut, JKKP keluar notis henti kerja

[Copy link]
Post time 22-7-2024 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Pekerja kilang maut, JKKP keluar notis henti kerja


Nur Izzati Mohamad[email protected]




GAMBAR hiasan





Bukit Mertajam: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengeluarkan notis pemberhentian kerja serta-merta terhadap kilang pembuatan, di sini.

Ia susulan seorang pekerja kilang itu meninggal dunia akibat tersepit antara lori dan rak besi, kira-kira jam 9 pagi Sabtu lalu.

Lelaki warga tempatan berusia 64 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dialami.

Pejabat Pengarah JKKP negeri dalam kenyataan hari ini berkata, siasatan awal pasukannya mendapati mangsa adalah pemandu lori di kilang berkenaan.

"Sebelum kejadian, mangsa telah menghidupkan enjin lori untuk memulakan kerja harian, namun dia dikatakan hanya membuka pintu lori tanpa memasuki ruang pemandu.

"Lori itu bagaimanapun bergerak ke hadapan sebaik enjin hidup, mengakibatkan mangsa tersepit di antara lori dan rak besi yang berada bersebelahan kenderaan," katanya.

Menurutnya, notis pemberhentian operasi dikeluarkan hingga siasatan selesai, malah majikan diarah melakukan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian serta langkah penambahbaikan.

"Laporan perlu dibentangkan kepada JKKP. Pihak kami juga sudah merakam percakapan saksi dan lawatan susulan akan dilaksana selepas tindakan penambahbaikan dan pencegahan diambil," katanya.

Menurutnya, menjadi tanggungjawab majikan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

"Jabatan memandang serius setiap kemalangan dan penyakit yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan di semua sektor serta komited untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di negara ini," katanya.



Disiarkan pada: Julai 22, 2024 @ 2:40pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.039605 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list