CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19073|Reply: 0

[Johor] Kapal tangki berlanggar: Operasi tamat 1 tengah hari tadi

[Copy link]
Post time 23-7-2024 06:30 AM | Show all posts |Read mode

Kapal tangki MT Ceres 1 sedang ditunda ke lokasi yang selamat bagi membolehkan siasatan lanjut membabitkan punca kejadian disiasat oleh pihak Jabatan Laut Wilayah Selatan (JLWS), hari ini. FOTO IHSAN APMM


Kota Tinggi: Operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) susulan insiden perlanggaran kapal tangki MT Hafnia Nile dan MT Ceres ditamatkan kira-kira 1 tengah hari tadi.

Pemangku Pengarah Maritim Johor, Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata, hasil pemantauan Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru, mendapati kebakaran kedua-dua kapal tangki berkenaan sudah dipadam sepenuhnya.

Katanya, 22 kru MT Hafnia Nile serta 14 orang kru MT Ceres I berada dalam keadaan selamat dan stabil selepas mendapatkan rawatan di Singapura.

"Baki 26 kru MT Ceres I pula disahkan selamat dan berada di atas kapal berkenaan, berdasarkan laporan daripada nakhoda kapal terbabit.

"Untuk tindakan lanjut, kedua-dua kapal tangki terbabit akan ditunda ke lokasi yang selamat bagi membolehkan siasatan lanjut dan punca kejadian disiasat oleh pihak Jabatan Laut Wilayah Selatan (JLWS)," katanya dalam kenyataan, hari ini

Semalam, kapal tangki MT Ceres I dikesan hilang, dipercayai cuba dilarikan dari lokasi pelanggaran di Perairan Tanjung Balau, kelmarin.

Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Mad Yunus dilapor berkata, kapal tangki yang berdaftar di Republik Sao Tome and Principe, negara kepulauan Afrika itu kemudiannya ditemui di kedudukan 28 batu nautika timur laut Pulau Tioman.

Op Carilamat digerakkan susulan pelanggaran dua kapal tangki itu di 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau pada 6.55 pagi Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Kama Azri berkata, pemantauan di sekitar lokasi pelnggaran menunjukkan terdapat kesan tumpahan minyak di kawasan seluas lima batu nautika persegi.

Katanya, pengurusan kawalan tumpahan minyak dikoordinasikan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

"MRSC Johor Bahru pula bertanggungjawab mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat di perairan Johor Timur yang seluas 10,445 kilometer persegi dengan panjang pantai sejauh 254 kilometer.

"Terima kasih kepada semua agensi yang terbabit dalam operasi selama empat hari ini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.231903 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list