CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38069|Reply: 93

Jennifer Coppen Nafi Suami Kemalangan Sebab Mabuk, Jelas Arwah Papa Dali Pernah Minta Mayat Dibakar – ‘Saya Masih Buat Tahlil Di Rumah’

[Copy link]
Post time 23-7-2024 09:33 PM | Show all posts |Read mode






Pelakon terkenal Indonesia, Jennifer Coppen menafikan khabar angin yang mendakwa suaminya, Yitta Dali Wassink atau Papa Dali terlibat dalam kemalangan kerana di bawah pengaruh alkohol.


Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Jennifer atau lebih mesra dengan panggilan Mamari memberitahu bahawa suaminya, Papa Dali sering keluar meluangkan masa bersama kawan-kawan namun suaminya itu tidak mengambil minuman keras.


Bukan itu sahaja, Jennifer turut menegaskan bahawa hubungannya dengan suami berada dalam keadaan baik dan tidak bergaduh seperti yang didakwa.


"Banyak cerita di Internet yang kata Papa Dali kemalangan kerana minum arak, bergaduh dengan saya. Ramai ingat kami tak posting apa-apa di media sosial, kami bergaduh, tak duduk sebumbung atau bercerai. Saya cuma nak cakap, yang itu semua sama sekali tidak benar. Kami baik-baik sahaja hingga hari-hari terakhir Papa Dali."


"apa Dali kemalangan masa dalam perjalanan nak jumpa saya. Lepas kami keluar dengan kawan masing-masing, Papa Dali mesej saya beritahu ‘Sayang, saya pulang ya, saya rindu awak’. Lepas dua jam, dia tak balas mesej saya. Ternyata dia sudah tak ada. Itu adalah takdirnya."


Dalam pada itu, Jennifer akui Allahyarham suaminya itu pergi dalam keadaan yang tenang seperti orang sedang tidur.


"apa Dali pergi dalam keadaan seperti orang tengah tidur. Wajah dia tak nampak seperti orang risau atau sedih. Masa kemalangan, Papa Dali tak sedarkan diri di tempat kejadian jadi dia tak merasakan kesakitan. Dia pergi dengan tenang."


Menjawab pertikaian dan persoalan orang ramai mengenai cara pengebumian Papa Dali, Jennifer meminta agar orang ramai menghormati permintaan Allahyarham dan keluarga.








"Ramai yang tanya kenapa mayat Papa Dali dibakar (cremation), saya nak semua orang menghormati keputusan keluarga. Itu adalah permintaan Papa Dali, memang dia mualaf tapi dia baru belajar agama Islam."


"Sebelum ini memang dia belajar, sebelum makan baca Bismillah, masuk rumah ucap Assalamualaikum. Mungkin sebab belum belajar banyak mengenai agama Islam, jadi dia belum faham sangat agama Islam. Dan itu memang permintaan Papa Dali untuk mengkremasi dan tolong hormati dan hargai keputusannya."


Menjelaskan perkara itu, Jennifer memberitahu majlis tahlil tetap dilangsungkan oleh keluarganya memandangkan Papa Dali seorang mualaf yang baru memeluk dan mendalami agama Islam.


"Ramai yang cakap saya tak buat tahlil, saya buat tahlil di rumah. Tapi tak semua benda saya kongsikan di media sosial."





Untuk info, Jennifer Coopen dan Dali mendirikan rumah tangga pada Oktober 2023. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.


Sumber: OhBulan


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2024 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenifer ni muslim ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 11:58 PM | Show all posts
Tak cukup kat fb, kat sini pun ada ye.

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Geleng kepala iols tgok yendon ni.. Muslim tapi mati kena kremasi
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Berita konoha pun sibuk masuk porem sini

Edited: oh, gosip antarabangsa rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane: Tak cukup kat fb, kat sini pun ...

Kat TikTok pon ada ... Tak tahu pon Jennifer ni pelakon. Tengok kat tiktok kecoh sangat berhari hari.. dorang ni memang buat agama sesuka Hati. Ada rakyat dia bekap kata mcm mana pon tetap kembali pada pencipta. Yg wife ni dah kalau kata tubuh laki nya tenang kenapa nak dibakar jugak.. bego Kali ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2024 10:20 AM | Show all posts
Ingat berita pasal omputeh.. nama bukan main.. rupenya seberang aje
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 10:22 AM | Show all posts
Beribear: Kat TikTok pon ada ... Tak tahu pon Jennifer ni pelakon. Tengok kat tiktok kecoh sangat berhari hari.. dorang ni memang buat agama sesuka Hati. Ada ra ...



kat tiktok memang byk penjilat 2 orang ni...ada sorang perempuan malaysia siap dia cakap papa dali ni xsah islam sebab masih belajar agama islam n x yakin islam jd xpa dia d bakar..punya bodoh minat sampai agama pun dia sesuka hati seleweng.. bla aku tegur dia cakap PAI dia masa sekolah dulu A... A la sangattt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 11:10 AM | Show all posts
hormat tak hormat permintaan  bukan isu.tapi enforcement agama kat indon ni mmg hauk nak mampos yach.alangkah ada satu daerah tu  boleh pulak puasa,raya sesukati mak nenek dia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 11:31 AM | Show all posts
konoha ape nak heran
terpaling toleransi bab agama
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
konoha,terpaling hormat,terpaling kasih sayang.agama tolak ketepi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 02:23 PM | Show all posts
Edited by KamikuP at 24-7-2024 06:24 AM

Papadali senyum sampai nampak gusi #turnoff                    Kalu tak senyum ala2 Enrique Eglisias gitohh

ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Lengkali say no comment je laa, saya masih berduka. Ni nak explain2 pula dah sah2 buat yg bertentangan dgn ajaran agama
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 02:29 PM | Show all posts
1.  Dah masuk Islam cara hidup/mati WAJIB macam Islam. Permintaan tak permintaan, takde istilah baru masuk Islam, so cara mati kebumi ikut agama sebelum.
2.  Indon memang bab2 agama ni dia celaru banyak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 05:10 PM | Show all posts
razzia replied at 24-7-2024 01:34 PM
konoha,terpaling hormat,terpaling kasih sayang.agama tolak ketepi.


Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 08:22 AM | Show all posts
kesian....tah la doa yg baik2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2024 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
konoha..suka suka dia jah psl agama
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 09:25 PM | Show all posts
Mula2 tngok pompuan ni ak ingat non muslim...life style pun x mcm muslim..ank dia pun ank luar nikah kn..tp satu je ak tabik, dali ni w/pun muda lg , nampak la dia ni bapak yg brt/jawab
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Depa buat main2 ja agama ni. Jabatan agama islam depa p mana tah
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Annaquinn009 replied at 27-7-2024 09:25 PM
Mula2 tngok pompuan ni ak ingat non muslim...life style pun x mcm muslim..ank dia pun ank luar nikah ...

Betul..mmg panas la jate2 patriaki kat sana ramai tak boleh move on dgn dali ni. Sebab baru umur 22 tahun, tapi pandai jaga anaknya.


Aku tk pasti la dia nk dikira jongos atau gummy smile. Tp bini nya kata gummy smile.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.428974 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list