CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25758|Reply: 0

[Sarawak] 98.49 peratus calon di Sarawak lulus STPM 2023

[Copy link]
Post time 24-7-2024 03:23 PM | Show all posts |Read mode


Azhar (depan, tengah) bersama tetamu jemputan lain merakam kenangan bersama calon STPM 2023 yang cemerlang pada majlis pengumumkan keputusan STPM 2023 di Kuching, hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Sarawak berjaya merekodkan seramai 5,601 calon atau 98.49 peratus lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 seluruh negeri.

Pengarah Pendidikan Negeri Datu Dr Azhar Ahmad berkata ia daripada 5,860 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM 2023 di seluruh negeri di 83 pusat berdaftar.

“Secara keseluruhan kohort STPM 2023 ini telah merekodkan seramai 5,601 orang calon bersamaan dengan 98.49 peratus berjaya memperoleh lulus penuh berbanding 5,364 orang calon pada tahun 2022.

“Daripada keseluruhan jumlah tersebut, 27 calon atau 0.47 peratus mencatatkan kelulusan penuh 5 mata pelajaran (5P) sementara 3,919 calon (68.91 peratus) telah lulus penuh 4 mata pelajaran (4P), 913 calon (16.05 peratus) lulus penuh 3P dan 438 orang calon (7.70 peratus) lulus penuh 2P.

“Dalam pada itu, seramai 304 orang calon atau 5.35 peratus telah lulus penuh dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran atau (1P),” katanya pada sidang media pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2023 di Pejabat Pendidikan Negeri di sini, hari ini.

Menurut Azhar, pada 2023, lapan daripada 21 mata pelajaran yang diambil oleh calon-calon sekolah Sarawak mencatatkan kenaikan peratus kelulusah penuh berbanding tahun 2022 manakala mata pelajaran Perakauan mengekalkan peratus kelulusan 100 peratus.

Dari segi pencapaian calon katanya, seramai 88 orang calon sekolah atau 1.55 peratus di seluruh negeri telah berjaya mencapai Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 (maksimum).

Selain itu, 1,910 orang calon atau 33.56 peratus telah mendapat PNGK 3.00 hingga 3.99.

“Seorang pelajar terbaik STPM 2023 dalam Kategori Istimewa iaitu Fizikal/Spastik telah dijemput menerima anugerah di Majlis Peperiksaan Malaysia hari ini.

“Pelajar berkenaan ialah Muhammad Nazif Idham Ahmadie Abdullah dari SMK Merapok, Lawas dan dia telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang PNGK 4.00,” katanya.

Azhar turut memaklumkan pada kali ini sebanyak 16 sekolah di Sarawak telah mencapai keputusan STPM 2023 yang sangat memberangsangkan dengan merekodkan PNGK melepasi 3.00.

Selain itu katanya, sebanyak 33 sekolah daripada jumlah keseluruhan 79 sekolah telah mempamerkan peningkatan dalam PNGK bagi peperiksaan STPM kali ini.

Beliau berkata calon boleh mendapatkan slip keputusan yang diserahkan di sekolah masing-masing bermula jam 11.30 pagi tadi.

Selain itu, calon juga boleh menyemak keputusan masing-masing menerusi sistem mesej singkat (SMS), di mana calon perlu menaip STPM [jarak] nombor kad pengenalan [jarak] Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Calon juga boleh mendapatkan keputusan mereka melalui portal di pautan http;//stpm.mpm.edu.my/stpmK bermula jam 11.30 pagi tadi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.035495 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list