CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57052|Reply: 6

[Tempatan] PPRT dijenamakan semula sebagai PPRS

[Copy link]
Post time 27-7-2024 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-7-2024 05:18 PM

PPRT dijenamakan semula sebagai PPRS

Mohamed Farid Noh[email protected]




Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media selepas Rumusan Pemukiman Program Utama Kementerian KKDW di Desaru Convention Centre, Desaru Coast, Kota Tinggi. FOTO NUR AISYAH MAZALAN




Kota Tinggi: Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kini dijenamakan semula sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bagi mengubah persepsi dan minda khalayak terhadap konsep rumah PPRS yang baharu dengan spesifikasi termasuk keluasan lebih besar.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, kementerian juga mahu menukar persepsi penghuni rumah dan ahli keluarga mereka.
"Rumah PPRT dahulunya berkeluasan 600 kaki persegi, akan ditambah baik keluasannya kepada 680 kaki persegi apabila dijenamakan sebagai PPRS.

"Keluasan 600 kaki persegi itu kita telah ikut Dasar Perumahan Negara dan kita tambah baik keluasan kepada 680 kaki persegi dengan standard dan piawaian dasar berkenaan.

"Konsep 'rent to own' (sewa beli) yang diperkenalkan akan mengurangkan beban penghuni yang mana akhirnya akan menjadikan mereka sebagai pemilik mutlak rumah berkenaan.

"Saya harap program PPRS ini akan diikuti oleh kementerian-kementerian lain yang terrbabit dalam penyediaan rumah untuk rakyat terutama Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), kerajaan negeri, jabatan perumahan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan rumusan di Pemukiman Program Utama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Pusat Konvensyen Desaru di sini, hari ini.

PPRT adalah satu daripada program pembasmian kemiskinan luar bandar kerajaan yang menyediakan bantuan bina baharu atau pembaikan rumah kepada golongan miskin dan miskin tegar untuk memiliki kediaman yang selamat dan selesa dan seterusnya memastikan kumpulan sasar ini dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

Skop PPRT terbahagi kepada dua kategori, iaitu Bina Baru, kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, selain kategori Baik Pulih, membabitkan bantuan baik pulih komponen asas sesebuah rumah sahaja.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, PPRT negara perlu suntikan pembaharuan dan tidak hanya menuruti Dasar Perumahan Negara semata-mata.

"Penjenamaan baharu PPRS ini kita mesti lakukan perubahan lebih menyeluruh, bukan sahaja dalam menukar persepsi minda dan citarasa pemegang taruh yang terbabit, malah lebih penting pembelaan terhadap pembeli dan penghuni rumah-rumah kos rendah berkenaan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, KKDW telah memperuntukan RM460.4 juta untuk membina baru 3,000 unit PPRS dan membaik pulih 12,600 unit rumah berkenaan, bagi tahun ini.

Katanya, menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) kementerian juga sedang merancang lebih banyak pembinaan PPRS.

"Untuk RMK12, lebih 10,000 unit telah dibina. RMK13 kita sedang rancang lebih banyak kerana kita tahu kos boleh dikurangkan terutama kos pembelian tanah, kos untuk infrastruktur jalan atau lorong masuk ke kawasan perumahan dapat dikongsi bersama kerajaan negeri, PBT dan syarikat-syarikat kerajaan," katanya.
Tamat.


Disiarkan pada: Julai 26, 2024 @ 7:49am





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2024 09:21 AM | Show all posts
Patutlah nuar pernah bagi tau, ok  sekarang saya percaya

Tiada lagi miskin tegar di Sabah Julai ini

  • Oleh IVAN AMIRUL
  • 31 Mei 2024, 1:41 pm


Anwar berucap pada Majlis Penutupan Pesta Kaamatan 2024 di Penampang, hari ini.


PENAMPANG – Kerajaan Persekutuan memberi jaminan masalah kemiskinan tegar di Sabah bakal diselesaikan sebelum akhir Julai depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemiskinan tegar di Sabah ketika ini dianggarkan hanya tinggal kira-kira 9,000 keluarga.

Beliau menyatakan penurunan kadar kemiskinan tegar Sabah ketika ini adalah hasil usaha berterusan agensi Persekutuan serta kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu terbabit.
“Perkara ini menjadi keutamaan kerajaan kerana kita tidak mahu ada rakyat di negeri ini terus hidup dalam kemiskinan.
“Sekarang hanya tinggal 9,000 miskin tegar. Oleh itu, kita hendak menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai 2024. Ini keutamaan kita.




Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Letak la nama apapun .kalau mentality pprt tu tak berubah..sama je lah
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 27-7-2024 10:41 AM
Letak la nama apapun .kalau mentality pprt tu tak berubah..sama je lah

Betullah tu. Cuma full name pprs lebih kedengaran positif. So hopefully kawasan rumah jadi lebih better
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
rumah pprt tu kan kalau penyewa dah berjaya upgrade taraf hidup, gomen beli balik ke unit tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Momohizan at 29-7-2024 03:39 PM
nw111 replied at 27-7-2024 10:41 AM
Letak la nama apapun .kalau mentality pprt tu tak berubah..sama je lah


Betul. Semekin reta pre indicator untuk semekin mental (bodoh) n semekin kesihatan mental (sakit otak).

Yang suka nak romanticize kan semekin ni as ujian hidup...gi la volunteer dengan NGO ya g buat kerja amal untuk orang semekin bandar ni..memang ramainya semekin ni degil tanak berubah...gigih dia beranak tiap tahun asal boleh claim bantuan zakat n persekolahan anak, tinggal dalam rumah kotor, pastu mentality dia la victim ketidakadilan dunia. Haktui
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2024 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang bermakna...31@rabu ni..la hari terakhir orang di Sabah miskin(tegar)...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.044586 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list