CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27097|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pemakaian telepok teramai terima pengiktirafan MBOR

[Copy link]
Post time 29-7-2024 08:11 PM | Show all posts |Read mode

SERAMAI 1,002 wanita mengenai telepOk sempena acara Jom Bertelepok pada Perasmian Perpatih Fest, di sini, hari ini. FOTO Ahmad Hasbi.


Nilai: Seramai 1,002 wanita bertelepok sempena Perasmian Perpatih Fest 2024, di sini, hari ini sekali gus memegang rekod Pemakaian Telepok Paling Ramai menerusi The Malaysia Book of Record (MBOR).

Aksesori ikatan kain batik tradisional itu kebiasaannya dipakai wanita Negeri Sembilan suatu masa dahulu dan kini dilihat sebagai salah satu pakaian rasmi bagi Ibu Soko.

Ini rekod ketiga yang dipecahkan Perpatih Fest selepas memegang rekod Masakan Kari Kepala Kambing Terbanyak (100 kepala) dan Perarakan Panta Berkucung Terbanyak (222) pada penganjuran tahun lalu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, dengan tema 'Adat Yang Diuco Pakai', Perpatih Fest kali ini digabungkan bersama NS Fest yang berlangsung selama lapan hari bermula pada 27 Julai lalu.

"Selain acara 'Moh Bertelepok' pelbagai aktiviti menarik yang disajikan berkaitan Adat Perpatih dan kebudayaan masyarakat berbilang kaum di Negeri Sembilan.

"Sudah pasti pengunjung akan menggunakan peluang dan kesempatan ini untuk mengenali dengan lebih dekat pengamalan Adat Perpatih melalui berbagaibagai aktiviti yang dijalankan Luak dan Wilayah Adat dalam Perpatih Fest.

"Antara aktiviti lain pada festival kali ini adalah Forum Perdana Ehwal Islam, Demontrasi Masakan Luak, Demonstrasi Peralatan Adat Luak, Persembahan Kebudayaan dan Kesenian Luak serta Masakan Masyarakat Cina, India dan Orang Asli," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Tinjauan di sekitar acara itu mendapati wanita dari pelbagai peringkat usia teruja mengenakan telepok yang mana pada peringkat mensasarkan seramai 500 peserta sahaja.

Beliau berkata, manusia tidak dapat menolak arus permodenan, namun tidak boleh membiarkan warisan peninggalan yang diwarisi datuk nenek moyang, iaitu Adat Perpatih hanyut dibawa arus kemajuan.

"Jadi, kerajaan negeri mengambil inisiatif dengan menyalurkan Dana Memperkasakan Adat Perpatih melalui Lembaga Muzium Negeri Sembilan sejak 2019 untuk Luak dan Wilayah Adat menjalankan program dan aktiviti," katanya.


Disiarkan pada: Julai 29, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.052577 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list