CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31909|Reply: 0

[Johor] Kolam Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin tercemar dengan bakteria e-coli

[Copy link]
Post time 30-7-2024 05:24 PM | Show all posts |Read mode

Sampel air yang diambil di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin dicemari bakteria e-coli. FOTO OMAR AHMAD


Johor Bahru: Sampel air yang diambil di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin, di sini, disahkan mengandungi bakteria escherichia coli (e-coli).

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah berkata, keputusan sampel air itu yang dihantar ke Jabatan Kimia pada Ahad, diperoleh pagi tadi.

Katanya, pihaknya kesal dengan pengurusan kolam terbabit yang tidak membuat persiapan sewajarnya, sehingga menyebabkan 19 peserta yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) 2024 Khamis lalu, mengalami gejala tidak sihat.

"Saya dimaklumkan berhubung insiden ini, air tercemar dengan bakteria e-coli dalam jumlah yang sedikit. Hasil keputusan Jabatan Kimia diperoleh pagi tadi.

"Ringkasnya, Jabatan Kimia sudah menjalankan analisis terhadap sembilan sampel air yang dikumpul, termasuk kolam renang utama, kolam terjun, tandas dan tangki takungan. Berdasarkan laporan Jabatan Kimia, kesemua sembilan sampel mendedahkan yang ia tercemar dengan bakteria e-coli.

"E-coli ialah spesies bakteria yang hidup di dalam usus manusia dan haiwan. Bakteria ini biasanya menyebabkan jangkitan melalui makanan, air atau sentuhan yang tercemar dengan najis membawa bakteria," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan bantuan pantri kepada hospital negeri Johor di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Mengulas lanjut, Mohd Hairi berkata, pihaknya sudah meminta Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) membuat bedah siasat berkaitan insiden itu.

Katanya, MSNJ perlu membuat persiapan rapi dalam segala segi sebelum sesuatu kejohanan berlangsung sama ada di peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD), MSSJ atau negeri itu sendiri.

"MSNJ hendaklah menitik beratkan daripada segi suasana, penempatan, makanan dan segala aspek kebajikan. Saya sebagai EXCO Sukan tidak mahu perkara ini berulang.

"Aset itu kepunyaan swasta tetapi apabila membabitkan sukan, pelajar itu adalah tanggungjawab kita bersama.

"Saya juga minta supaya Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) untuk terus berhubung dengan MSNJ untuk sukan di peringkat sekolah bagi mendapatkan nasihat berkaitan penggunaan sesuatu fasiliti sebelum kejohanan berlangsung," katanya.

Khamis lalu, 19 daripada 900 peserta yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Akuatik MSSJ 2024 dikejarkan ke hospital selepas mengalami gejala seperti muntah, demam dan kulit gatal dipercayai terkesan dengan air di kolam renang dan kolam terjun di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin.

Pada Ahad lalu, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi yang melawat keadaan kolam terbabit tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan fasiliti berkenaan.

Onn Hafiz dilaporkan berkata, Pusat Akuatik itu ditutup sementara sehingga semua kerja baik pulih selesai.


Disiarkan pada: Julai 30, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.039551 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list