CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6913|Reply: 0

[Johor] Cipta rekod mural kereta api terpanjang di Malaysia

[Copy link]
Post time 31-7-2024 03:40 PM | Show all posts |Read mode

GHAI Swee Ling menunjukan sijil pengiktirafan mural kereta api terbesar oleh Malaysia Book of Records (MBOR) di premisnya di Jalan Abdullah, Segamat. FOTO Ahmad Ismail


Segamat: Mural kereta api pada dinding sebuah premis di Jalan Abdullah di sini, diiktiraf sebagai lukisan luaran 3D terbesar Malaysia Book of Records (MBOR).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat (MPS), Mohd Helmi Datuk Sha'ri @ Shangari, berkata lukisan sepanjang 43.8 meter dan ketinggian 10.4 meter itu dibuat dengan kos ratusan ribu ringgit menerusi penajaan antaranya Ayam Segera GSM Sdn.Bhd, Southern Advertising, KCC Mural Paint dan beberapa pihak lainnya.

Katanya, mural itu dihasilkan empat pelukis dalam tempoh beberapa bulan dan siap pada 16 Julai lalu, menggunakan cat kalis air dan cuaca dengan pelbagai warna berbeza antaranya kuning, merah, biru, kelabu dan hitam.

Lukisan itu menceritakan situasi tema perkhidmatan stesen kereta api seawal tahun 1954 yang menjadikan stesen di sini sebagai lokasi persinggahannya bagi mengambil dan menurunkan penumpang.

Mohd Helmi berkata, MPS mengalu-alukan tajaan mana-mana pihak yang ingin memperindahkan bandar Segamat melalui mural, namun mesti bersandarkan fakta sejarah tepat dan warisan sejak kewujudannya.

"MPS tidak pernah menggunakan peruntukan dari sumber pembayar cukai bagi kerja-kerja mengindahkan bandar ini melalui pelbagai mural di dinding premis bangunan selian kita.

"Sebaliknya, semua lukisan terbabit dihasilkan melalui tajaan pihak swasta selain kerjasama dengan pihak persendirian yang merangkumi kerja kesukarelaan," katanya ditemui di Jalan Abdullah di sini, tadi.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ayam Segera GSM Sdn.Bhd Ghai Swee Ling.

Pengiktirafan itu disampaikan wakil MBOR, Lee Pooi Leng.

Mohd.Helmi berkata, MPS kini sedang berunding dengan beberapa pihak yang berminat serta berbakat bagi projek melakar mural bagi menghiasi dinding luaran beberapa lokasi sekitar bandar Segamat termasuk ikon pasukan keselamatan selain wajah atlet berasal dari Segamat dan pernah mengharumkan nama Johor dan negara.

"Kita ingin abadikan pencapaian mana-mana pihak melalui mural yang diharap menjadi lukisan paparan sejarah untuk diingati disebalik permodenan Segamat, sekali gus dapat mengharumkan nama Segamat selain menyedarkan orang ramai ada insan berjasa besar berasal dari bandar ini.

"Projek ini termasuk antara beberapa projek mural yang ingin disiapkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang," katanya.


Disiarkan pada: Julai 31, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.372792 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list