CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7638|Reply: 0

[Johor] KPDN Johor sita 2,750 kg minyak masak paket diseleweng

[Copy link]
Post time 2-8-2024 01:30 PM | Show all posts |Read mode


KPDN Johor menyita 2,750 kilogram minyak masak paket yang disyaki diseleweng di sebuah premis di Jalan Sri Purnama, Pandan, di sini, malam tadi. FOTO IHSAN KPDN

Johor Bahru: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menyita 2,750 kilogram minyak masak paket yang disyaki diseleweng di sebuah premis di Jalan Sri Purnama, Pandan, di sini, malam tadi.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo, berkata serbuan kira-kira jam 10 malam itu dilakukan penguat kuasa selepas mendapat maklumat Pasukan Polis Marin (PPM) Johor mengenai aktiviti penyelewangan minyak masak paket.

Katanya, hasil maklumat itu KPDN Johor berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan minyak masak paket di kawasan Pandan yang menyebabkan bekalan bahan keperluan itu terjejas di kawasan berkenaan.

"Pemeriksaan yang dilakukan oleh sepasukan penguat kuasa KPDN Johor menemui minyak masak paket satu kilogram (kg) yang dianggarkan sebanyak 2,150 paket yang telah dikoyak dan disyaki dimasukkan ke dalam tiga  buah tangki 'Intermediate Bulk Container' (IBC).

"Kita juga menemui sebanyak 600 paket minyak masak paket satu kg yang belum dipotong di dalam premis, yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM21,750.

"KPDN Johor telah menyita kesemua hasil penemuan minyak paket itu termasuk sebuah lori. Seorang lelaki warga tempatan di premis itu juga telah ditahan untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lilis Saslinda berkata, kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

"Jika disabit kesalahan, mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

"Manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya denda sehingga RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali
"Bagi pertubuhan atau perbadanan pula, boleh didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

"Siasatan lanjut juga akan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti individu/syarikat yang terbabit dalam aktiviti atau rantaian pengedaran minyak masak paket termasuklah sumber minyak masak paket diperole dan edaran mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Lilis Saslinda berkata, KPDN Johor menegaskan tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras sindiket penyelewengan subsidi barang kawalan demi kepentingan rakyat.

Disiarkan pada: Ogos 2, 2024
sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.060424 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list