View: 21516|Reply: 2
|
Terbang Ke Langit Pakai Belon, Tak Guna Api Untuk Menyalakan Kawah!
[Copy link]
|
|
SEJAK Sukan Olimpik moden dianjurkan semula pada tahun 1896, acara menyalakan kawah Olimpik menggunakan obor telah dilakukan.
Setiap tahun negara yang menjadi tuan rumah akan melakukan gimik nyalaan kawah yang menarik. Di Olimpik Barcelona 1992 misalnya, kawah dinyalakan menggunakan anak panah yang ditembak dari jauh.
Tahun ini Sukan Olimpik Paris melakukan kelainan apabila pertama kali mempunyai kawah yang bernyala tanpa menggunakan api.
Sebaliknya kawah dilengkapi lampu LED dan pancutan wap air yang membuatkannya kelihatan seperti terbakar.
Ini adalah kerana Paris ingin menjadi acara Olimpik yang paling lestari pernah dianjurkan dengan sasaran hanya mengeluarkan 1.5 juta tan karbon dioksida berbanding 3.5 juta tan karbon dioksida oleh Sukan Olimpik Tokyo.
Seperkara lagi yang unik ialah kawah ini akan terbang ke langit menggunakan belon setiap kali matahari terbenam sebelum turut semula pada jam 2 pagi.
Api Olimpik yang dibawa dari Athens oleh Zinadine Zidane ketika majlis pembukaan masih menyala cuma ia disimpan di tempat lain.
Selain tidak mempunyai kawah api Olimpik, Paris juga tidak menyediakan penyaman udara di perkampungan atlet sehingga memaksa Amerika Syarikat membawanya sendiri.
Sebelum acara bermula, muncul laporan atlet Thailand merungut bas yang membawa mereka panas sehingga menyebabkan mereka berpeluh-peluh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah seminggu acara pembukaan baru nak cerita pasal ni TT baru tertengok replay ka?
Dalam thread satu lagi berjemaah aku kena serang sebab puji acara pembukaan olimpik Paris ni fresh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 3-8-2024 06:21 PM
Ya betul ada part yg ok opening Paris tapi part pondan setan tenggelamkan part lain yg ok
Yg sblm2 dlm stadium spt dlm kandang, ni kali outdoor luas walau bgnn sungai terfikir kotor hancing |
|
|
|
|
|
|
| |
|