View: 46091|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Gas ammonia bocor, pemandu dan 2 kelindan terselamat
[Copy link]
|
|
Tiga pekerja lelaki terselamat selepas satu tong berisi gas ammonia bocor dalam kejadian di Jalan Stesen Kuala Sawah,Kampung Saga,Rantau. Foto Ihsan Bomba
Seremban: Pemandu dan dua kelindan lori berdepan detik cemas apabila satu daripada 10 tong gas ammonia yang dibawa bocor di Jalan Stesen Kuala Sawah, Kampung Saga Rantau, Rembau dekat sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau, Mohd Syazwan Saidi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.38 pagi.
Katanya, kejadian membabitkan tiga mangsa masing-masing berusia 27, 44 dan 54 tahun yang juga pemandu lori dan dua kelindan.
Katanya, ketika kejadian lori lima tan berkenaan membawa muatan 10 tong gas ammonia dari Tangga Batu, Melaka ke Kuala Sawah, di sini.
"Ketika menurunkan tong gas terbabit didapati dua tong tergelincir dan jatuh mengakibatkan satu daripada 'valve' tong terbabit tercabut serta mengakibatkan kebocoran," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata, mangsa membuat tindakan awal dengan menyiram tong terbabit dan pada masa sama mereka menghubungi talian kecemasan MERS 999 bagi mendapatkan bantuan pihak bomba dan penyelamat.
Menurutnya, pihaknya mengambil tindakan dengan membuat semburan di tempat kejadian serta pengungsian bangunan kepada pekerja premis berkenaan.
Katanya, operasi turut dibantu Unit Khas Hazmat dari BBP Seremban 2.
"Unit Khas Hazmat, mengenal pasti bahan kebocoran kepada tong Gas terbabit dan mengambil bacaan udara persekitaran selain membuat kerja-kerja 'plugging' kepada kebocoran tong berkenaan," katanya.
Mohd Syazwan berkata, sebaik selesai kerja-kerja nyah cemar, Unit Khas Hazmat sekali lagi membuat bacaan udara persekitaran agar memastikan keadaan dalam keadaan baik.
"Unit Khas Hazmat membuat pemeriksaan dan mendapati keadaan persekitaran selamat," katanya yang memaklumkan operasi tamat pada jam 1.45 petang.
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|