CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53387|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pemakaian kamera badan oleh penguat kuasa MBS elak tohmahan, 'viral' di media sosial

[Copy link]
Post time 16-8-2024 12:10 AM | Show all posts |Read mode

MASRI Razali (tengah) menunjukkan kamera badan (BWC) yang digunakan penguat kuasa Majlis Bandaraya Seremban (MBS). FOTO Ahmad Hasbi
Seremban: Pelaksanaan pemakaian kamera badan (BWC) adalah kaedah terbaik untuk meningkatkan integriti penguat kuasa Majlis Bandaraya Seremban (MBS) selain mengelak mereka ditohmah seterusnya ditularkan di media sosial.

Datuk Bandar Seremban Datuk Masri Razali berkata, MBS menyediakan 12 unit WBC untuk digunakan penguat kuasa agensi itu melalui kaedah sewa guna selama dua tahun bermula 1 Ogos lalu dengan kos RM100,800.

"Kamera ini mampu merakam video dengan kualiti tinggi dan akan digunakan sepanjang tempoh penguat kuasa bertugas bagi tempoh lapan jam ketika operasi penguatkuasaan terancang.

"MBS adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Negeri Sembilan menggunakan kaedah kamera badan ketika bertugas oleh penguat kuasa sekali gus dapat meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang," katanya.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Pelancaran Penyerahan dan Pemakaian BWC Kepada Penguat kuasa MBS di Wisma MBS, di sini, hari ini.

Beliau berkata, MBS menetapkan garis panduan yang jelas mengenai penggunaan, penyimpanan serta pengurusan data yang diperoleh melalui BWC.

"BWC ini bukan sahaja dapat memberikan bukti yang boleh dipercayai dalam siasatan dan prosiding undang-undang. Dalam situasi tertentu, kami dapat memberi jawapan yang lebih jelas mengenai sesuatu aduan.

"Ada banyak aduan berkaitan operasi yang dilaksanakan mengenai isu integriti atau kekasaran. Melalui kaedah BWC, kami dapat berikan bukti yang lebih kukuh sekali gus menjadikan penguat kuasa kami lebih profesional," katanya.

Menjawab soalan sekiranya anggota boleh memadam rakaman jika berlaku salah laku, Masri berkata, BWC yang digunakan MBS tidak dilengkapi dengan fungsi padam.

"Anggota tidak boleh mengakses untuk menyunting rakaman. Selepas pulang ke pejabat, rakaman akan terus dimuat turun ke sistem," katanya.

Tambahnya, pihaknya yakin, penggunaan BWC akan membina kepercayaan yang lebih kukuh antara warga Bandaraya Seremban dan MBS serta memastikan setiap tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah adil, telus dan profesional.

gambar:
1- SEREMBAN 15 OGOS 2024 KHAMIS. Datuk Bandar Seremban Datuk Masri Razali (tengah) menunjukkan kamera badan (BWC) yang digunakan penguat kuasa Majlis Bandaraya Seremban (MBS). FOTO AHMAD HASBI.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.333335 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list