CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 43690|Reply: 48

Meminta Penganjur Festival Muzik Menjaga Landasan Agama, Tapi Atok Jenal Sendiri Memakai Rantai Sebesar Alam Tak Ikut Agama!

[Copy link]
Post time 17-8-2024 07:09 PM | Show all posts |Read mode




Penyanyi, Datuk Zainal Abidin Menakai penganjuran festival muzik tempatan terbaik bagi merancakkan industri seni hiburan.
Batas agama perlu dijaga

Bagaimanapun, penyanyi berusia 65 tahun itu, berpendapat bahawa pergaulan antara jantina berlainan perlu dijaga meskipun sedang berhibur.

“Sebenarnya, penganjuran festival muzik terbaik untuk industri, tapi landasan agama harus dipraktikkan dan tak boleh langgar.

"Kita negara Islam yang menitikberatkan pergaulan antara lelaki dan perempuan, cara berpakaian, kata-kata yang dikeluarkan ketika atas pentas, ia haruslah ditapis dan diperbaiki untuk mereka yang menonton," katanya.

​BERITA TRENDING: "Mungkin Ini Yang Terbaik, Saya Manusia Tak Lari Dari Kesilapan" - Nora Ariffin Tampil Bersuara, Kini Berlapang Dada

Pelantun lagu Hijau itu juga berharap agar masyarakat yang hadir di muzik festival dapat menjaga kelakuan agar tidak melampaui batas-batas agama.

“Ini tanggungjawab sebab nak kena jawab di akhirat nanti. Lelaki perempuan berpelukan sesama bukan mahram, saya menyanyi seolah-olah menggalakkan, jadi saya bertanggungjawab nanti.
"Jadi, saya harap, penganjur akan lebih peka dan prihatin. Ada banyak artis baharu yang saya tak kenal. Dari segi pemakaian, sakit mata juga.

"Ia tak salah pada diri mereka, tapi salah daripada sudut agama. Itu harus diperbetulkan agar tidak keterlaluan," katanya ketika ditemui di sidang media Hausboom Music Festival 2024 di Khan's Indian Cuisine pada Rabu.

Mengulas lanjut mengenai penglibatannya di dalam muzik festival itu, Zainal memaklumkan ini merupakan penglibatan kali pertama buat dirinya dalam menjayakan festival muzik bersama Hausboom.

"Ini kali pertama saya dan rasanya saya adalah artis tertua di festival ini. Tapi, apa yang orang muda boleh buat, saya tak boleh buat. Apa yang saya boleh buat, orang muda tak boleh buat.

"Saya boleh nyanyi 45 lagu dalam masa tiga jam setengah, tiada masalah. Tapi, orang muda hanya boleh nyanyi antara 15 sehingga 20 lagu. Insya-Allah saya akan menyanyikan dalam lima lagu terpilih termasuklah Hijau,” ujarnya lagi.

Untuk info, Zainal merupakan salah seorang penyanyi bakal membuat persembahan di Hausboom Music Festival 2024 di KL Base, Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Oktober depan.

Selain Zainal, antara artis lain termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ruffedge, Iqbal M, Joe Flizzow, Luqman Podolski, No Good, Orkes A Hizadin, Amir Masdi, Armpunk Syndicate, Jemson, Airliftz, Yaph dan Senario.

Ia diikuti band terkenal tanah air seperti Wings, Akim & The Majistret, Exist, Bunkface, Masdo, ACAB, 53 Universe, Skudap Skudip serta kumpulan dari Indonesia iaitu Payung Teduh dan The Changcuters.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2024 09:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu tasbih dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Konsert sapo or mana yang jadik bahan ni uols?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam...Pelik lak atok ni cakap pasal agama. Mungkin faktor dah tua so sadar diri bila2 nak mati la kot iya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Pehtu nampak komen humble berbanding zaman muda gagah dulu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2024 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan rantai emas bolehlah.pakailah walau sebesar alam sekalipun
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols minat sgt dgn Atok jenal masa dgn headwind dulu. Lagu² pun sedap muka pun hensem. Tapi sejak dok "jauh jauh" iols tk minat dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2024 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la atok jenal dah tak bersubang. Kalo pompuan slow2 tutup aurat bagi la atok jenal chance.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau culas bab nafkah tu tak kena tya ke kat akhirat nnt
Tya je
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sukurrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 12:31 AM | Show all posts
teringat video heols menari joget2 jadi bekap singer nek sheils majid masa perform kat jepun dulu...masa tu diorang masih bbnu lagi rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
anknye si timur tu xnk bwk ke landasan yg lurus ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
nordin84 replied at 18-8-2024 01:16 AM
anknye si timur tu xnk bwk ke landasan yg lurus ke

Selalu fyp tt suka content dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
tp betolkan, layan lagu aje takleh ke knp nk kena buat pelik2 tgah alam?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 11:31 AM | Show all posts
Buka lah mata mu percaya lah kataku jangan lah lalai dibiarkan nya heyy!
gitu tok jenal skang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2024 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ntahnya.. anak perempuan sendiri pun seksa
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
anak acik jenal si timur laut tu pun dah terbabas mcm acik jenal..maybe dah tua2 acik jenal baru nak tobat hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 02:22 PM | Show all posts
jihyomelly replied at 19-8-2024 12:55 PM
anak acik jenal si timur laut tu pun dah terbabas mcm acik jenal..maybe dah tua2 acik jenal baru nak ...

Heols ni memang dah lama tak baik dgn anak2 ke?
Zainal Abidin Ada Dengar Desas Desus Anak Sudah Bernikah Di Jerman – ‘Seharusnya Kena Jemput Kerana Saya Walinya’August 19th, 2024 | by Shahrin



Kini Trending
Penyanyi terkenal Datuk Zainal Abidin mengakui ada mendengar desas desus mengatakan anak perempuannya Timur Gabriel sudah mendirikan rumah tangga.
Anak sudah bernikah?
Bagaimanapun Zainal atau nama sebenarnya Zainal Abidin Mohamed, 64, tidak mengetahui kesahihan khabar angin tersebut disebabkan mereka tidak lagi berhubung.
Malah, Zainal memberitahu anaknya kini menetap jauh di Jerman.
Hubungan kami tidak dapat dieratkan kerana dia duduk jauh dari saya, menetap di Jerman. Saya tidak diberikan masa dan peluang untuk berjumpa dengan anak-anak saya.
Anak perempuan saya yang Timur itu pun tak pasti sama ada sudah bernikah atau belum. Saya dengar desas-desus dia sudah bernikah.
Tetapi seharusnya kalau nak bernikah, kena jemput saya sebagai bapanya. Saya adalah walinya.
Zainal memaklumkan mengenai perkara itu menerusi temu bual bersama Melodi.
Dalam pada itu, pelantun lagu Hijau ini memberitahu dia tidak pernah memutuskan hubungan dengan anak-anaknya dan sentiasa mendoakan kebahagian mereka.
Saya tidak pernah memutuskan hubungan, tetapi apabila ada sesuatu pihak ingin memutus maka terpulanglah. Jumpa di akhirat nanti.
Kalau berusaha sedaya upaya untuk berdamai pun saya rasa itu tidak akan berlaku. Saya hanya mengharapkan terbaik.
Saya selalu mendoakan anak-anak, sembahyang lima waktu sehari sentiasa doakan yang terbaik.
Sekadar info, Timur Gabriel merupakan anak hasil perkahwinan Zainal dengan bekas isteri, Natasha Gabriel.
Zainal dan Natasha mendirikan rumah tangga pada Mac 1987, namun disahkan bercerai pada Disember 2000. Selain Timur, pasangan itu juga dikurniakan seorang anak lelaki.
Sumber: Melodi



Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah..betul jugak ape die ckp...ngan baju dolla kemain seksi seksanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.064021 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list