CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17403|Reply: 0

[Kedah] Rawat rakyat Palestin di Malaysia bukti keprihatinan kerajaan terhadap mangsa perang

[Copy link]
Post time 19-8-2024 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Rawat rakyat Palestin di Malaysia bukti keprihatinan kerajaan terhadap mangsa perang


M Hifzuddin Ikhsan[email protected]







PESAWAT pengangkut Airbus A-400M TUDM yang diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan tiba di lapangan terbang TUDM Subang. FOTO Aswadi Alias





Jitra: Langkah membenarkan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Israel mendapatkan perlindungan di negara ini, membuktikan keprihatinan Malaysia setiap kali berlakunya pergolakan di peringkat antarabangsa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata bantuan yang dihulurkan itu bukan yang pertama dilakukan Malaysia kerana kerajaan pernah membantu rakyat Vietnam, Afghanistan dan Bosnia Herzegovina sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, rakyat asing terbabit akan dihantar balik ke negara asal mereka selepas ketegangan yang berlaku kembali reda atau dihantar ke negara ketiga yang membenarkan kemasukan pelarian.

"Rekod menunjukkan kita antara negara yang pantas menghulurkan bantuan, ketika perang Vietnam semua masih ingat bagaimana Malaysia menyediakan sebuah pulau di Terengganu dan penempatan pelarian di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

"Tahun 80-an ketika perang Afghanistan, kita bawa pelajar negara itu kerana bila negaranya diserang, mereka tak dapat meneruskan pelajaran. Bila kita bawa ke Malaysia, kita bantu dari segi yuran, biasiswa, tempat tinggal dan peluang belajar di universiti tempatan.

"Begitu juga perang di Bosnia Herzegovina pada 90-an, dalam tempoh berlakunya pergolakan politik dan pembunuhan, kita juga bantu sebab itu sampai sekarang kalau kita ke negara itu, mereka sangat menghargai pertolongan Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas) di sini, hari ini.

Saifuddin berkata, perkara sama dilakukan kerajaan ketika ini apabila mendapati Semenanjung Gaza dan rakyat Palestin berhadapan pergolakan yang menyebabkan ramai kanak-kanak dan golongan wanita dibunuh rejim Israel.

Katanya, Malaysia bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas rakyat negara terbabit dan salah satu cara bantuan yang dihulurkan adalah membawa warga Palestin yang cedera akibat peperangan mendapatkan rawatan di negara ini.

"Kita menjalankan peranan apabila Semenanjung Gaza dan umat Palestin menghadapi ujian berat apabila kanak-kanak dibunuh, orang tua dan wanita terkorban akibat diserang rejim Israel selain ramai yang tercedera.

"Di sini, Malaysia menghulurkan sokongan dengan cara membawa mereka untuk ditempatkan di Hospital Angkatan Tentera di Wangsa Maju dan agensi pengendalinya adalah Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terbabit menguruskan dokumen mereka sepanjang berada di sini,

"Kesimpulannya, ia mengesahkan satu perkara, iaitu ketika sesebuah negara menghadapi ujian dan ketidaktentuan yang membawa kepada kehilangan nyawa dan harta benda, Malaysia antara negara yang rekodnya akan menghulurkan bantuan secara berkesan," katanya.

Jumaat lalu, dua pesawat Airbus A-400M milik TUDM yang membawa 41 pesakit dan 86 waris mereka tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang sebelum semua pesakit dibawa bagi mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan.



Disiarkan pada: Ogos 19, 2024 @ 2:09pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1124505/rawat-rakyat-palestin-di-malaysia-bukti-keprihatinan-kerajaan-terhadap





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.035840 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list