CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41594|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lipas berselerak dalam rak, peniaga lari tinggalkan dapur

[Copy link]
Post time 21-8-2024 05:51 PM | Show all posts |Read mode
Lipas berselerak dalam rak, peniaga lari tinggalkan dapur


Zuhainy Zulkiffli[email protected]







Pegawai penguatkuasa Pejabat Kesihatan Daerah Timur dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melakukan pemeriksaan terhadap gerai di medan selera New World Park, Jalan Burma di sini. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI





Georgetown: Puluhan lipas ditemukan dalam rak simpanan bahan makanan menjadi antara punca beberapa gerai di medan selera New World Park, Jalan Burma di sini, diarah tutup selama 14 hari.

Pemeriksaan di premis lain pula mendapati pengendali makanan menggunakan tuala pengelap dan dapur 'berkerak' selain peralatan masak yang berjelaga serta hitam.

​Malah, ada peniaga lari meninggalkan gerai tanpa menutup api di dapur selepas menyedari kehadiran pegawai penguat kuasa.

Pegawai Operasi Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, ​Muhammad Firdaus Abdul Halim berkata, dua daripada 28 premis yang diperiksa diarah tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Katanya, sebanyak 21 notis atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan kepada peniaga.

"Antara kesalahan yang dikesan ialah pengendali makanan tidak mempunyai suntikan antitifoid dan tidak menjalani latihan pengendali makanan.

"Kita juga mengesan premis yang menyimpan ramuan makanan melebihi tarikh luput dan persekitaran yang tidak bersih serta kotor," katanya.

O​perasi berkenaan turut membabitkan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Pada pemeriksaan itu juga, peti sejuk di beberapa gerai turut didapati diletakkan dengan pelbagai bahan makanan yang dikhuatiri berlaku pencemaran silang.

Pegawai penguat kuasa KPDN turut memeriksa dan menerangkan kepada pemilik premis mengenai penyimpanan tong gas petroleum cecair (LPG).

Menurut Muhammad Firdaus, keseluruhan kompaun berjumlah RM6,900.



Disiarkan pada: Ogos 21, 2024 @ 9:08am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1125172/lipas-berselerak-dalam-rak-peniaga-lari-tinggalkan-dapur





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.041372 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list