CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42146|Reply: 0

[Pulau Pinang] ZPP ambil alih pengurusan Darul Hanan

[Copy link]
Post time 21-8-2024 07:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 21-8-2024 07:19 PM

ZPP ambil alih pengurusan Darul Hanan

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

21 Ogos 2024 03:51pm




Deligasi pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) melawat Pusat Rehabilitasi Darul Hanan.




BUKIT MERTAJAM - Zakat Pulau Pinang (ZPP) kini dalam proses mengambil alih pengurusan Pusat Jagaan Warga Emas Darul Hanan Pulau Pinang yang dijangka selesai awal tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amran Hazali berkata, transisi pengambil alihan pengurusan pusat jagaan itu antara sebahagian penstrukturan semula yang dilakukan dalam agensi-agensi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).



Menurutnya, langkah itu dibuat bagi memperkasakan lagi pengurusan Darul Hanan sekaligus dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada golongan asnaf terutamanya dikalangan warga emas dan fakir miskin di negeri ini.

"Tanggungjawab yang diberikan ini pastinya untuk memperkemaskan dan memperkasakan lagi Darul Hanan yang sebelum ini peranannya sangat aktif dalam membantu golongan asnaf.


"Selain itu, ZPP bukan sahaja berperanan menjaga penghuni yang berada di sini, malah seluruh kakitangan yang menjaga kelangsungan kehidupan dan operasi pusat jagaan ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan deligasi pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ), di sini pada Selasa.

]
Selamat (kanan) bersama Amran (dua dari kanan) ketika meninjau kemudahan yang disediakan di Darul Hanan.




Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR), Datuk Selamat Paigo.


Mengulas lanjut, Amran berkata, ZPP memperuntukkan sebanyak RM3 juta pada tahun ini bagi perbelanjaan pentadbiran pusat jagaan itu selain menampung kos penjagaan penghuni warga emas termasuk perubatan mereka.




Jelasnya, dengan fasiliti lengkap dan selesa selain turut menyediakan pusat rehabilitasi serta pelbagai kemudahan lain menjadikan Darul Hanan sentiasa menjadi tumpuan pelbagai pihak terutamanya institusi zakat dari seluruh negara.

"Pusat jagaan ini boleh menempatkan seramai 200 orang penghuni bukan sahaja akan menjadi suatu pusat pembangunan warga emas contoh di Pulau Pinang malah menjadi model pengurusan pengelolaan yang terbaik di negara ini," katanya lagi.

Sementara itu,Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid yang juga Yang Dipertua MAINPP berkata, dalam melonjakkan lagi keyakinan ummah terhadap agensi kutipan zakat di negeri ini, pihaknya turut membuat penstrukturan pentadbiran ZPP dengan mewujudkan jawatan Ketua Pegawai Projek yang bertanggungjawab menjalankan projek-projek khas termasuk dalam memperkasakan Darul Hanan yang sebelum ini diuruskan oleh badan bukan kerajaan (NGO).





]
Mohamad ketika berucap pada Majlis Makan Malam Deligasi Bersama TKM1 pada malam Selasa.




Beliau yang ditemui pada Majlis Makan Malam Deligasi Bersama TKM1 berkata, jawatan penting itu akan disandang oleh bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ZPP sebelum ini, Mohamad Khairi Ghazali.

Selain itu katanya, beberapa jawatan lain juga akan diwujudkan dibawah agensi MAINPP tidak lama lagi bagi merancang serta menjalankan pelbagai projek pembangunan serta kemajuan yang akan dimanfaatkan oleh umat Islam di negeri ini.

https://www.sinarharian.com.my/article/681444/edisi/utara/zpp-ambil-alih-pengurusan-darul-hanan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.037022 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list