View: 30871|Reply: 0
|
[Sumbangan Bencana]
Terbaru Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor
[Copy link]
|
|
Kerajaan Negeri sentiasa komited dan memandang serius akan masalah kemiskinan di Negeri Selangor. Dalam usaha menangani masalah kemiskinan ini secara berkesan, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan telah memperkenalkan Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan. Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui penjanaan/ peningkatan pendapatan bagi golongan masyarakat individu yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan atau pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000.00 terutamanya melibatkan peniaga-peniaga kecil menerusi pemberian bantuan peralatan/ mesin berdasarkan perusahaan yang sedang dijalankan. Kos peralatan bagi setiap permohonan yang diluluskan adalah tidak melebihi RM5,000.00. Antara lima (5) skop utama perusahaan adalah seperti jahitan, perniagaan makanan, perniagaan runcit, pengasuh kanak-kanak dan kraftangan.
Untuk Permohonan Boleh Layari https://ebantuan.my/skim-program ... an-negeri-selangor/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|