View: 34378|Reply: 1
|
[Negeri Sembilan]
Maut dirempuh ketika tunggu bantuan
[Copy link]
|
|
KEADAAN lokasi kemalangan di Kilometer (KM) 258.1 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dekat sini, subuh tadi. FOTO Ihsan Polis
Seremban: Seorang lelaki yang terbabit kemalangan dan keluar daripada kereta untuk menunggu bantuan, maut selepas dirempuh pemandu lain yang juga terbabas di Kilometer (KM) 258.1 Lebuhraya Utara- Selatan (Plus), subuh tadi
Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, pemandu Perodua Myvi parah pada perut dan kaki serta disahkan maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan mendapati kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berumur 31 tahun yang datang dari Cyberjaya menghala ke Batu Pahat dikatakan terbabas dan melanggar besi penghadang bahu kiri jalan.
"Kemudian pemandunya turun dan berhenti di sebelah kiri jalan. Selang beberapa minit kemudian sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu seorang lelaki berumur 36 tahun yang memandu di lorong kanan dipercayai terbabas dan berpusing masuk ke lorong kiri lalu melanggar kereta dan pemandu Perodua Myvi.
"Akibat kemalangan pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan parah di perut dan kaki sebelum disahkan maut di lokasi kejadian manakala pemandu Proton Persona tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk pengendalian bedah siasat kira-kira jam 10.30 pagi ini," katanya
Tegas beliau, polis menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya untuk lebih berhati-hati ketika memandu terutama pada waktu gelap dan cuaca yang tidak baik bagi mengelakkan sebarang kecelakaan.
"Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Tiew Chuan Jie di talian 014-9668399 atau boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.
Disiarkan pada: Ogos 26, 2024
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|