CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50689|Reply: 0

[Johor] Pencemaran bau: Terkawal, tiada kes kemasukan hospital

[Copy link]
Post time 6-9-2024 10:16 AM | Show all posts |Read mode


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs)di Jalan Dhoby, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALA


Johor Bahru: Isu pencemaran bau yang berlaku di kawasan Sungai Pandan di sini, Selasa lalu adalah terkawal dan tidak membabitkan sebarang laporan kes dimasukkan ke hospital.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga kini, isu pencemaran bau itu hanya menyumbang kepada simptom seperti kerengsaan, batuk, pening kepala atau loya.

Beliau berkata, pihaknya percaya insiden itu masih terkawal dan tiada tindakan yang lebih tegas perlu diambil dari segi kesihatan selain daripada langkah pemantauan yang sedang dilaksanakan.

"Mengenai isu pencemaran bau itu, saya difahamkan memang ada berlaku, tetapi terkini, semuanya terkawal yang mana paras gas amonia yang dikesan juga sudah kembali kepada 'base line'.

"Tidak ada apa-apa kes pelajar dimasukkan ke hospital. Mengikut apa yang dilaporkan hanya ada yang mengalami kerengsaan dan batuk.

"Jadi, setakat ini tiada tindakan yang lebih tegas perlu diambil, tetapi kita akan sentiasa pantau dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Exco," katanya ketika sidang media selepas mengadakan Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) di Jalan Dhoby di sini, malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon dan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad.

Sementara itu, Ling berkata, gas amonia itu dikesan ketika bacaan udara diambil kelmarin dan semalam, satu lokasi baharu penemuan bungkusan yang memberi petunjuk dalam mencari punca pencemaran bau itu ditemui.

"Bomba dan JAS sudah turun ke lokasi itu, ambil sampel air, tanah dan bahan buangan untuk dilakukan ujian.

"Apa-apa pun, kita tunggu laporan yang lebih terperinci apakah bahan berkenaan," katanya.

Selasa lalu, pencemaran bau yang kuat terjadi di tiga kawasan membabitkan Taman Daya, Taman Mount Austin dan Taman Istimewa sehingga menyebabkan pening kepala.

Kelmarin, JAS Johor mengesan kehadiran gas amonia tinggi melebihi tahap normal di kawasan Sungai Pandan di Kampung Melayu Pandan di sini, yang menyebabkan pencemaran bau.

Disiarkan pada: September 6,
sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.074186 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list