CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55657|Reply: 3

Tiada pelanggan, peniaga kedai di Terminal Bas Kluang semakin terhimpit

[Copy link]
Post time 6-9-2024 10:42 AM | Show all posts |Read mode

Kira-kira 80 kedai di aras satu Terminal Bas Kluang yang sepi tanpa kunjungan pelanggan menyebabkan kehidupan peniaga semakin terhimpit. NSTP/Mohamad Fahd Rahmat



KLUANG: Kehadiran orang ramai termasuk pemimpin politik sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di daerah ini diharap dapat menjadi 'penyelamat' kepada kira-kira 80 kedai di aras satu Terminal Bas Kluang yang diibaratkan 'hidup segan, mati tak mahu'.
Dalam tinjauan di lokasi berkenaan mendapati, kehadiran pengunjung ke medan selera di terminal yang dibuka sejak 1995 itu sepi dengan hanya enam gerai makan masih beroperasi.
Majoriti kedai lain di situ sudah ditutup dan hanya beberapa kedai seperti serbaneka, emas, aksesori pakaian tentera, jahitan, pakaian serta kaunter tiket bas yang masih bertahan.
Peniaga makanan, Rahimah Arazad, 64, berkata terminal di situ mula 'nazak' selepas sebuah pusat beli-belah yang terletak bersebelahan bangunan itu ditutup sejak 2012.
"Selepas pusat beli-belah itu ditutup, pasar raya besar lain turut ditutup menyebabkan tiada lagi pengunjung datang ke sini, tetapi saya dan suami tetap bertahan sejak 29 tahun lalu sebab ini saja punca rezeki kami.
"Sebelum COVID-19, kami boleh dapat jualan antara RM300 hingga RM400 sehari, tetapi kini, untuk dapat hasil jualan RM100 pun susah.
"Dalam tempoh sehari, masakan seekor ayam pun sukar terjual kerana kurang pelanggan dan kehidupan peniaga di sini semakin terhimpit," katanya.
Rahimah berkata, memang ada wakil rakyat dan pemimpin politik yang berjanji mahu membina tangga bergerak di situ sebagai usaha menghidupkan semula terminal bas berkenaan, tetapi setakat ini masih belum dilaksanakan.
"Tangga di sini agak curam dan menyukarkan orang ramai khasnya golongan tua untuk naik ke tingkat atas.
Kira-kira 80 kedai di aras satu Terminal Bas Kluang yang diibaratkan ‘Hidup Segan, Mati Tak Mahu’. - Foto NSTP/Mohamad Fahd Rahmat
"Ini menyebabkan sambutan orang ramai kurang kerana tiada yang menarik, malah operasi bas pun berkurangan yang menyebabkan banyak gerai makanan dan kedai serbaneka ditutup," katanya.
Susulan itu, beliau berharap Majlis Perbandaran Kluang (MPK) mengambil tindakan sewajarnya terhadap penyewa gerai yang kosong supaya beroperasi kembali bagi menceriakan kawasan itu.
Katanya, kedatangan orang ramai ke Terminal Bas Kluang sempena PRK DUN Mahkota mungkin membuka mata banyak pihak terhadap kawasan itu yang perlu dimajukan semula sebagai lokasi perniagaan tumpuan ramai, sekali gus membantu peniaga yang terkesan selama ini.
Sementara itu, pekerja kedai aksesori pakaian tentera, Zakaria Wan Chik, 67, yang bekerja di situ sejak 15 tahun lalu, berkata jualan kedainya juga semakin merosot dan hanya menunggu kedatangan pelanggan sepanjang hari.
"Sepatutnya MPK tamatkan saja penyewa gerai yang enggan beroperasi lebih enam bulan dan beri peluang itu kepada peniaga lain yang mahu berniaga, sekali gus dapat menyemarakkan semula suasana di sini.
"Mujur PRK DUN Mahkota berlaku di sini yang mungkin menarik orang ramai singgah di sini, tetapi selepas itu keadaan akan sepi kembali jika tiada tindakan susulan dilakukan," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2024 04:18 PM | Show all posts
meols penah je naik bas dari sini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2024 10:08 AM | Show all posts
hyie replied at 7-9-2024 04:18 PM
meols penah je naik bas dari sini

pegi mana mstu
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 04:50 PM | Show all posts

kluang-KL/Larkin...sebab kalau naik kat airtam, nak kena tunggu kat tol la, shell la..sesuka dia je nak tukar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.083916 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list