CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55563|Reply: 0

Peniaga rugi hampir RM10,000 diperdaya scam bekal cenderamata

[Copy link]
Post time 6-9-2024 10:44 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan



KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga kerugian RM9,750 apabila diperdaya seorang lelaki yang menawarkan projek kepada mangsa untuk menyediakan cenderamata bagi majlis meraikan kemerdekaan di sebuah jabatan kerajaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata pada 2 September lalu, peniaga berusia 33 tahun itu menerima pesanan mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali.
Beliau berkata, melalui mesej itu suspek yang menyamar pihak daripada Jabatan Bomba Wakaf Tapai, Marang, menawarkan tempahan khidmat katering kepada mangsa bagi meraikan majlis penutupan sambutan kemerdekaan di jabatan berkenaan.
"Dalam perbualan itu, mangsa bersetuju dengan tawaran itu dan berhubung dengan seorang lagi suspek bagi tujuan penyediaan cenderamata pada majlis berkenaan.
"Suspek kemudian meminta peniaga terbabit membuat pemindahan wang ke akaun yang diarahkan untuk tujuan tempahan cenderamata berkenaan," katanya.
Azli berkata, selepas mangsa membuat transaksi itu, dia kemudian berhubung dengan lelaki mengaku dari Jabatan Bomba itu, namun talian mangsa sudah disekat.
"Mangsa kemudian membuat semakan dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamatan Wakaf Tapai, berhubung hal ini tetapi pihak terbabit menafikannya.
"Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Kuala Terengganu (BSJKDKT) pada Rabu lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Katanya, setakat ini, BSJKDKT menerima tiga laporan polis dibuat mangsa berhubung kes menggunakan modus operandi sama hingga mangsa mengalami kerugian.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.037993 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list