CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55794|Reply: 1

Tular Buat Konten Crush Dengan Pelajar, ‘Abang Bas’ Sudah Ditahan Polis

[Copy link]
Post time 6-9-2024 11:16 AM | Show all posts |Read mode


Dalam satu hantaran sebelum ini, pemandu bas itu juga pernah menyentuh bibir kanak-kanak perempuan yang sedang tidur.


Memang tidak dapat dinafikan, semakin hari semakin ramai golongan masyarakat yang gemar memuat naik konten video di media sosial masing-masing.



Ada individu yang mengejar jumlah tontonan dan ada juga yang menjadikan platform tersebut sebagai hiburan semata-mata.
Pun begitu, bukanlah semua perkara sesuai untuk dijadikan konten lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kanak-kanak bawah umur.
‘Abang Bas’ Kerap Rakam Murid Perempuan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @JatIkhwan) apabila pengendali akaun iaitu Ikhwan mendedahkan kelakuan seorang pemandu bas sekolah daripada Johor dikenali sebagai ‘Abang Bas’ di TikTok yang memuat naik konten murid sekolah.
Ikhwan berkata kapsyen perkongsian video pemandu tersebut adalah kurang sesuai digunakan dengan golongan kanak-kanak bawah umur.
“Ramai yang dah bercakap tentang akaun TikTok yang mencurigakan ini yang mana ada lebih 600,000 pengikut.
“Kapsyen dia macam ada yang tak kena bagi saya. Anda tak boleh post anak perempuan seseorang yang masih di sekolah rendah dengan kapsyen ‘harini crush kita buat homework’. Dah la rakam individu bawah umur,” ujar Ikhwan.
Semakan kami mendapati Abang Bas sering memuat naik video dirinya menjemput dan menghantar pelajar sekolah pulang ke rumah.

Pegang Bibir & Cium Dahi Kanak-kanak
Dalam satu video yang ditularkan oleh individu lain, pemandu bas tersebut dilihat menyentuh bibir kanak-kanak perempuan berkenaan semasa sedang tidur. Lelaki itu kemudian membuka tudung murid terbabit lalu mencium dahinya.
Difahamkan, video terbabit telah pun dipadam dari akaun TikTok lelaki itu. Namun ada segelintir pengguna media sosial mendakwa kanak-kanak tersebut adalah anak saudara kepada pemandu bas berkenaan.
Komen Abang Bas Undang Perhatian
Satu tangkap layar yang dimuat naik individu lain juga telah mendapat perhatian ramai yang mana pemandu bas tersebut berkata dia sedang menunggu murid sekolah berkenaan untuk meningkat dewasa.
“Aku tunggu dia besar”, kata pemandu itu.
Nancy Shukri Minta JPKK Buat Laporan Polis
Susulan perkongsian yang tular, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri telah mengarahkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap Abang Bas ekoran perbuatan merakam kanak-kanak.
Menurut Nancy Shukri, pihak beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) negeri Johor bagi membantu siasatan.
“Perlakuan seperti ini (merakam dan memuat naik video kanak-kanak di media sosial) tidak boleh diterima dan tidak sepatutnya dinormalisasikan.
“Berkongsi gambar atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa adalah melanggar hak dan privasi kanak-kanak itu (Akta Kanak-Kanak 2001),” ujar beliau.
Pemandu Bas Sudah Ditahan Polis
Terbaharu, pemandu bas berkenaan sudah pun ditahan polis.
Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada pukul 2.57 pagi di kawasan Simpang Renggam, Kluang.
“Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang yang membuat tangkapan itu merampas telefon bimbit yang digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut.
“Pihak polis bertindak selepas menerima laporan kejadian berkenaan dan menjalankan siasatan penularan rakaman video memaparkan kanak-kanak dalam bas dipandu seorang lelaki.
“Video berkenaan dimuat naik pemilik dan pengendali akaun TikTok Abang Bas. Hantaran tersebut masih wujud dan boleh diakses,” ujar beliau dipetik dari Malaysia Gazette.
Kes disiasat mengikut Seskyen 15 (a)(iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seskyen 15(2) Akta Kanak 2001.
Perkara sama turut dimaklumkan Ikhwan menerusi ciapannya hari ini (6 September).
Dia dalam masa sama menzahirkan penghargaan kepada Nancy Shukri kerana pantas bertindak mengenai isu kanak-kanak dirakam sebagai konten.
SUMBER DAN BERITE LANJUT /BANYAK GAMBAR LAGI - BUZZKINI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2024 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodonya si pedofilia ni.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.035160 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list