CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 74210|Reply: 0

[Kedah] Polis siasat video tular sekumpulan remaja tunggang basikal lajak di jalan raya

[Copy link]
Post time 16-9-2024 12:52 AM | Show all posts |Read mode
Polis siasat video tular sekumpulan remaja tunggang basikal lajak di jalan raya


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 15, 2024 @ 9:39pm [email protected]







Sekumpulan remaja menunggang basikal lajak menuruni kawasan berbukit di jamabatan Jalan Teluk Wanjah. - Foto media sosial





ALOR SETAR: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video yang ditular di media sosial yang memaparkan aksi sekumpulan remaja menunggang basikal secara berbahaya di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner, Siti Nor Salawati Saad berkata, video berkenaan diperolehi hasil maklumat awam pada jam 9.24 pagi, hari ini.

Beliau berkata, melalui video berdurasi 20 saat itu memaparkan sekumpulan remaja menunggang basikal secara berbahaya sehingga menyebabkan salah seorang daripadanya didapati hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya.

"Siasatan awal berdasarkan rakaman video terbabit mendapati kejadian dipercayai berlaku pada Jumaat lalu sekitar jam 5.30 petang yang memaparkan kira-kira lapan remaja yang menunggang basikal dipercayai jenis basikal lajak berlumba sesama sendiri sewaktu menuruni jambatan Jalan Teluk Wanjah, di sini tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain.

"Setakat ini, pihak polis tiada menerima sebarang aduan daripada mana mana pihak berkenaan kejadian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Siti Nor Salawati berkata, bagaimanapun, satu laporan polis sudah pun dibuat oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Kota Setar bagi membolehkan satu siasatan dijalankan.

Beliau berkata, kes akan disiasat di bawah Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mana jika disabit kesalahan, pelaku boleh didenda sebanyak RM300 atau jika sabitan kali kedua atau kemudiannya, denda sebanyak RM1,000 atau penjara bagi tempoh tiga bulan.

"Sehubungan itu, Polis Kota Setar meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan remaja yang terbabit supaya tampil menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Ifzam Mohd Zaini di talian 012-4043373 atau Balai Polis Trafik Kota Setar di talian 04-7321222.

"Selain itu, polis turut menasihati ibu bapa supaya memantau aktiviti anak mereka terutamanya pada musim cuti persekolahan ini supaya tidak terbabit dengan aktiviti tidak sihat seumpama ini.

"Ini kerana ia bukan saja mendatangkan bahaya kepada diri sendiri, malah kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/09/1298749/polis-siasat-video-tular-sekumpulan-remaja-tunggang-basikal-lajak-di






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.207120 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list