|
AHMAD Hasnain menunjukkan Anugerah Perajurit Keseluruhan Terbaik yang dimenanginya kepada isterinya, Rabiatul Adawiyah selepas Tamat Latihan Perajurit Muda di Pusat Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Port Dickson: Penerima anugerah Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik, Ahmad Hasnain Makhluf Azizul Hakim, 24, bersyukur dan gembira kerana berjaya menamatkan latihan ketenteraan dijalani.
Malah, katanya, anugerah berkenaan adalah hadiah buat ibu, bapa, keluarga dan khas buat isterinya.
"Rasa rindu dan kata semangat daripada isteri, Rabiatul Adawiyah Zainal Abidin, berusia 22 tahun, membuatkan saya bersemangat untuk melakukan yang terbaik sepanjang latihan.
"Syukur kerana saya dipilih menerima anugerah ini. Apa yang penting, saya mahu terus berbakti mempertahankan kedaulatan negara," katanya ditemui selepas upacara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda di Pusat Asas Tentera Darat (Pusasda) yang disempurnakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di sini, semalam.
"Sepanjang latihan, saya cuba lakukan yang terbaik. Semua ini tercapai hasil kerjasama berpasukan selain tunjuk ajar jurulatih," katanya yang akan berkhidmat di Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|