CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43285|Reply: 0

[Perlis] 29 rumah rosak akibat ribut di Perlis

[Copy link]
Post time 18-9-2024 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 18-9-2024 05:37 PM

29 rumah rosak akibat ribut di Perlis

18 September 2024 03:14pm




Antara rumah yang rosak dalam kejadian ribut di sekitar Perlis. Foto MAIPs




ARAU - Sebanyak 29 rumah rosak dalam kejadian ribut di sekitar Perlis yang direkodkan dari Ahad lepas hingga 10 pagi tadi, kata Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Ku Chik Ku Mat Esa.

Beliau berkata, rumah yang terjejas antaranya di Kampung Tebing Tinggi, Kota Kayang, Kampung Syed Omar, Kampung Peladang, Kuala Sanglang dan Kampung Guar Musang.

"Kami (JKM Perlis) telah membuat penilaian kerosakan ke 23 rumah bagi tujuan pembaikan untuk meringankan beban penduduk terlibat, dan daripada penilaian kita ada rumah yang mengalami kerosakan teruk seperti bumbung tercabut.


]
Sebanyak 29 rumah rosak dalam kejadian ribut di sekitar Perlis yang direkodkan dari Ahad lepas hingga 10 pagi Rabu. Foto MAIPs




"Pihak kami sedang dalam gerak kerja ke enam rumah lagi untuk membuat penilaian kerosakan hari ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Arau di sini.


Ku Chik berkata, JKM menyediakan bantuan maksimum RM5,000 untuk membaiki rumah rosak akibat ribut manakala kerosakan besar yang melibatkan jumlah melebihi RM5,000 akan diuruskan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).


Beliau berkata, kejadian ribut di Perlis mula berlaku kira-kira 5 petang pada Sabtu lepas.

]
Bantuan maksimum RM5,000 untuk membaiki rumah rosak akibat ribut manakala kerosakan besar melebihi RM5,000 akan diuruskan MAIPs. Foto MAIPs








"Mangsa ribut yang rumah mereka mengalami kerosakan diminta membuat laporan polis untuk melengkapkan dokumentasi bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan berkenaan," katanya.

Sementara itu, mengenai kejadian banjir di Perlis, Ku Chik berkata, pihaknya telah memberikan bantuan segera kit bencana yang mengandungi barangan penjagaan diri serta tilam toto, selimut, tikar dan bantal serta makanan.

Sebanyak 41 mangsa banjir daripada 13 keluarga di Perlis ditempatkan di dua PPS iaitu SK Arau dan SK Sena, Kangar yang masing-masing dibuka pada 11.55 malam dan 10.50 malam tadi. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/686253/edisi/utara/29-rumah-rosak-akibat-ribut-di-perlis


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.046643 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list