CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43765|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ribut Bagan Ajam: Peniaga dakwa kejadian paling buruk pernah dialami

[Copy link]
Post time 18-9-2024 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Ribut Bagan Ajam: Peniaga dakwa kejadian paling buruk pernah dialami


September 18, 2024 @ 5:33pm






Kejadian ombak besar yang turut merosakkan beberapa gerai dan restoran ketika tinjauan di Pantai Bersih, Bagan Ajam. - Foto NSTP/DANIAL SAAD



Oleh Nur Izzati Mohamad

BUTTERWORTH: Seorang pengusaha restoran makanan laut di Pantai Bersih, Bagan Ajam, di sini mendakwa perlu mengeluarkan kos sehingga RM150,000 bagi membaik pulih premisnya yang rosak teruk akibat kejadian ribut dan ombak besar, semalam.

Loh Seng Kok 59, berkata ketika ini perniagaannya tidak dapat beroperasi sementara waktu dan pekerjanya pula terpaksa direhatkan ekoran keadaan restoran yang tidak selamat selain keadaan cuaca buruk.

"Tak dapat nak buat apa (operasi) sebab kedai pun habis (banyak bahagian rosak) perlu repair (baik pulih) dulu nanti baru buka semula.

"Kos nak baiki saya cakap dengan kawan ada dalam RM100,000, dia bagitau lebih dari itu mungkin (sekitar) RM150,000.

"Rosak kali ini memang teruk, bumbung dengan lantai habis... Kejadian ini paling teruk sepanjang saya berniaga di sini sejak lapan tahun lalu," katanya kepada media, di sini, hari ini.

Selain Seng Kok, beberapa peniaga lain yang mencari rezeki dekat kawasan tumpuan pelancong itu dilaporkan turut mengalami kerugian, namun perlu menerima hakikat kerana ketika ini keselamatan dan nyawa adalah yang lebih penting.

Terdahulu menerusi beberapa klip video yang tular di media sosial semalam memaparkan peniaga di kawasan Pantai Bersih merakamkan kejadian ombak besar hingga air laut memasuki kedai dan gerai di pantai terbabit serta di R&R Bagan Ajam.

Kejadian itu menyebabkan lantai sebuah restoran runtuh dan arus deras kelihatan menghempas kedai lain di situ, namun tiada sesiapa yang cedera dalam insiden terbabit.

Dalam perkembangan lain, berlaku beberapa lagi kejadian pokok tumbang yang menghempap rumah dan kereta dalam daerah Seberang Perai Utara susulan ribut yang melanda kira-kira jam 3 petang tadi.

Insiden dikongsikan beberapa pengguna media sosial yang mengingatkan semua pihak berlindung di kawasan yang selamat dengan menjauhi pokok dan laut sehingga keadaan kembali pulih seperti biasa.

Sementara itu, berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pulau Pinang setakat jam 4 petang tadi menunjukkan jumlah mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun dari 648 orang kepada 615 orang.

Satu daripada 11 PPS yang dibuka juga telah ditutup selepas kesemua mangsa dekat situ sudah kembali ke kediaman masing-masing.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/09/1299973/ribut-bagan-ajam-peniaga-dakwa-kejadian-paling-buruk-pernah-dialami






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.253244 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list