CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42863|Reply: 0

[Kedah] Mangsa banjir Kedah terus meningkat, 9 sungai lepasi paras bahaya

[Copy link]
Post time 18-9-2024 08:56 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir Kedah terus meningkat, 9 sungai lepasi paras bahaya


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







Keadaan banjir di Taman Tanjung Bendahara susulan hujan lebat sejak semalam hingga hari ini. FOTO WAN NABIL NASIR





Alor Setar: Mangsa banjir Kedah terus menunjukkan peningkatan apabila 3,956 mangsa membabitkan 814 keluarga yang ditempatkan di 22 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jumlah itu dilaporkan setakat jam 6 petang hari ini berbanding jumlah 2,251 mangsa daripada 20 PPS di enam daerah pada jam 4 petang hari ini.

Berdasarkan laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, mangsa banjir di negeri ini ditempatkan di enam PPS di daerah Kubang Pasu seramai 1,537 mangsa daripada 174 keluarga manakala lima PPS di daerah Kota Setar seramai 1,057 mangsa daripada 266 keluarga manakala dua PPS di Pokok Sena menempatkan seramai 745 mangsa daripada 202 keluarga.

Sementara itu, mangsa yang ditempatkan tiga PPS di daerah Pendang pula mencatatkan jumlah seramai 400 mangsa daripada 100 keluarga dan tiga PPS di Kulim pula mencatatkan seramai 108 mangsa daripada 34 keluarga.

Selain itu, tiga PPS di daerah Kuala Muda turut menempatkan seramai 56 mangsa daripada 24 keluarga setakat ini.

Dalam pada itu, sembilan sungai di negeri ini paras air terus mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya setakat jam 5 petang dan lapan daripadanya menunjukkan trend menaik manakala satu daripadanya iaitu di Sungai Padang Terap di Kepala Batas daerah Kubang Pasu menunjukkan penurunan.

Kesemua sungai terbabit adalah tiga di daerah Kubang Pasu, tiga sungai di daerah Kota Setar dan masing-masing satu di daerah Pendang, Yan dan Padang Terap.

Sungai Sedim dan Sungai Ketil di Baling pula menunjukkan bacaan melebihi paras amaran setakat ini.



Disiarkan pada: September 18, 2024 @ 8:08pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1135275/mangsa-banjir-kedah-terus-meningkat-9-sungai-lepasi-paras-bahaya





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.050680 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list