CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16915|Reply: 0

[Pulau Pinang] PBAPP tambah pelaburan lebih RM1.1 bilion laksana projek bekalan air bersih

[Copy link]
Post time 20-9-2024 03:24 PM | Show all posts |Read mode
PBAPP tambah pelaburan lebih RM1.1 bilion laksana projek bekalan air bersih


Oleh Nur Izzati Mohamad - September 20, 2024 @ 2:36pm [email protected]







Kon Yeow (dua kanan) melakukan tinjauan pada majlis pembukaan rasmi Pakej 12A di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua. - Foto NSTP/Danial Saad





BUTTERWORTH: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bakal menambah pelaburan lebih RM1.1 bilion dalam tempoh empat tahun bagi melaksanakan projek bekalan air bersih.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata sehingga kini PBAPP telah melabur sejumlah RM69.15 juta dalam melaksanakan Pelan Kontingensi Air 2030 (WCP2030) demi kemaslahatan 1.74 juta penduduk di negeri ini.

Menurutnya, PBAPP juga dalam perancangan untuk menyelesaikan enam lagi projek WCP 2030 yang berbaki secara berperingkat dalam tempoh sama bagi menangani lonjakan 10 peratus penggunaan air.

"Antara projek itu termasuk memasang saluran paip sepanjang 13 kilometer (km) dengan diameter 1.8 meter (m) dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua ke Butterworth di Seberang Perai.

"Selain itu, kita turut mengambil langkah membina LRA baharu dengan kapasiti 114 juta liter sehari (JLH) untuk memanfaatkan sebahagian daripada simpanan air mentah di Empangan Mengkuang yang diperbesarkan di Seberang Perai Tengah setiap hari," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Pembukaan Rasmi Pakej 12A di LRA Sungai Dua yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk K Pathmanathan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kon Yeow yang juga Pengerusi PBAPP berkata, sebanyak enam projek bekalan air utama telah disiapkan sejak tahun 2018.

"Ia termasuk Pakej 12A LRA Sungai Dua yang dirasmikan hari ini yang dapat meningkatkan kapasiti rawatan air sebanyak 114 JLH ekoran permintaan bekalan air yang semakin meningkat.

"Secara keseluruhan, bekalan air terawat dari loji ini akan dipam ke semua lima daerah dan bakal memanfaatkan kira-kira 465,000 pengguna air di seluruh Pulau Pinang.

"Walaupun Pakej 12A ini mampu menyediakan bekalan air dengan kadar lebih tinggi, pengguna dinasihatkan mengamalkan sikap berjimat cermat sementara Projek Air Perak-Pulau Pinang dapat direalisasikan kelak," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1300765/pbapp-tambah-pelaburan-lebih-rm11-bilion-laksana-projek-bekalan-air






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.818749 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list