CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19385|Reply: 0

[Kedah] Banjir ke Kedah: Guna tong angkut jemaah tunai solat Jumaat

[Copy link]
Post time 20-9-2024 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Banjir ke Kedah: Guna tong angkut jemaah tunai solat Jumaat


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 20, 2024 @ 3:54pm [email protected]







Jemaah Masjid Tuan Hussien menggunakan tong plastik untuk membantu jemaah tunai solat Jumaat. - Foto WAN NABIL NASIR.





ALOR SETAR: Lebih 300 jemaah Masjid Tuan Hussein, Titi Gajah, di sini tetap menunaikan solat Jumaat walaupun kawasan itu dinaiki air sejak malam kelmarin.

Bagi memudahkan warga emas, kanak-kanak serta orang kurang upaya (OKU) melaksanakan tanggungjawab itu, ahli jawatankuasa masjid berkenaan dibantu sukarelawan mengambil inisiatif menolak jemaah menggunakan tong plastik untuk meredah banjir yang memenuhi pekarangan masjid.

Imam masjid itu Mohd Adib Omar, 63, idea itu timbul selepas mereka melihat penduduk berhampiran menggunakan tong berkenaan sebagai 'pengangkutan' untuk pulang pulang ke rumah mereka dari pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, walaupun pekarangan masjid itu dinaiki air sedalam kira-kira 0.5 meter, namun ruang solat utama tidak terjejas kerana kedudukannya yang tinggi.

"Disebabkan itulah, kami memutuskan untuk terus menunaikan solat di masjid ini hanya pada waktu solat Jumaat saja," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd Adib berkata, setakat ini inisiatif yang dilakukan itu dilihat banyak membantu jemaah dengan lebih 300 jemaah hadir menunaikan solat Jumaat di masjid ini.

Sementara itu, Setiausaha masjid itu, Musa Bari, 63, berkata, pihaknya pada mulanya bercadang menggunakan perahu bagi memudahkan pergerakan jemaah namun membatalkan hasrat itu selepas melihat penggunaan tong plastik lebih sesuai.

"Penggunaan perahu tidak sesuai di kawasan cetek dan menyebabkan jemaah warga emas basah kerana perlu meranduk air. Jadi kami ambil keputusan untuk menggunakan tong biru ini kerana permukaan bawahnya lebih rata," katanya.

Warga emas, Mohamad Fauzi Rejab, 67, memuji usaha dilakukan pihak masjid yang banyak memudahkan jemaah ke masjid itu dan tindakan prihatin itu membolehkan mereka melaksanakan ibadah dengan selesa tanpa basah.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1300817/banjir-ke-kedah-guna-tong-angkut-jemaah-tunai-solat-jumaat






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.180713 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list