Bella Astillah meluangkan masa bertemu peminat di reruai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 di Karnival Jom Heboh Pulau Pinang di Stadium Negeri Pulau Pinang di Batu Kawan, petang tadi. - NSTP/Aswadi Alias
BATU KAWAN: Biarpun jadual tugasan padat, Bella Astillah tetap meluangkan masa bertemu peminat di reruai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 di Karnival Jom Heboh (KJH) Pulau Pinang di Stadium Negeri Pulau Pinang di sini, petang tadi.
Bella atau nama sebenar, Dayang Ara Nabella Awang Astillah yang juga calon kategori Aktres TV Popular dan Artis Sensasi Popular ABPBH 36, berkata kehadirannya atas tanda penghargaan kepada penganjur dan peminat yang menyokong.
Bella turut menghiburkan peminat dengan mendendangkan lagu Terlalu Cinta nyanyian asal Rossa. - NSTP/Aswadi Alias
"Saya sangat gembira dapat datang ke sini untuk bersama pasukan ABPBH 36. Ini adalah pengalaman pertama, jadi saya fikir kenapa tidak luangkan masa bersama rakan artis yang lain.
"Apabila tengok kemeriahan di sini, tidak sabar pula hendak hadir ke malam kemuncak ABPBH 36," katanya.
Bella turut menghiburkan peminat dengan mendendangkan lagu Terlalu Cinta nyanyian asal Rossa.
Ibu dua cahaya mata itu turut berterima kasih kepada peminat yang berjumpa dengannya.
"Terima kasih semua kerana datang sokong saya. Sama-sama kita undi rakan-rakan artis kita yang lain sebelum undian ditutup esok," katanya.
Bella berkata kehadirannya di Karnival Jom Heboh Pulau Pinang atas tanda penghargaan kepada penganjur dan peminat yang menyokong. - NSTP/Aswadi Alias