CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15959|Reply: 1

[Pulau Pinang] Lebih 300,000 pengunjung meriahkan KJH Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 30-9-2024 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 300,000 pengunjung meriahkan KJH Pulau Pinang


Oleh Zuhainy Zulkiffli - September 30, 2024 @ 11:38am [email protected]








BATU KAWAN: Lebih 300,000 pengunjung hadir di Karnival Jom Heboh (KJH) Pulau Pinang di pekarangan Stadium Negeri Batu Kawan di sini, yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir semalam.

Malah, jumlah pengunjung ke reruai The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) yang menempatkan Pet Zootopia dan Pencarian Wartawan Cilik turut melepasi sasaran.

Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Projek Khas NSTP, Tengku Kaifimirza Tuan Cherit@tengku Hamzah, berkata reruai itu mencatatkan kunjungan seramai 3,000 pengunjung sepanjang tempoh tiga hari.

Beliau berkata, aktiviti menarik dan diserikan lagi kunjungan artis jemputan, termasuk jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) menyebabkan reruai berkenaan diserbu pengunjung.



Pengarang Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kanan) mengedarkan gula kepada orang ramai secara percuma. - Foto NSTP/Danial Saad

"Sebelum ini kita menyasarkan 2,000 pengunjung, namun sepanjang tiga hari karnival, jualan tiket sudah melebihi sasaran dan ia adalah satu perkembangan positif bagi NSTP.

"Bagi KJH akan datang, kita merancang menambah aktiviti dan haiwan lain, tetapi cuba kekalkan tiket pada harga yang sama," katanya ketika dihubungi hari ini.

KJH Pulau Pinang diakhiri dengan persembahan Konsert Jom Heboh yang membariskan artis terkenal terdiri Hael Husaini, Ernie Zakri, Shiha Zikir, Bella Astillah, Hyperact Band dan Nadia Rosli.

Antara aktiviti lain yang dijalankan di reruai NSTP ialah 'flashmob', acara lelongan dan pemberian cendera hati secara percuma oleh penaja seperti Nestle, Yakult dan Julie's.

Turut mendapat sambutan pemberian satu kilogram gula oleh Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) kepada pengunjung di reruai berkenaan.

NSTP turut memberi sebanyak 3,000 naskhah akhbar New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro kepada pengunjung selain novel tempatan.




Antara aktiviti yang melibatkan pengunjung di reruai kendalian The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) Pet Zootopia di Karnival Jom Heboh Pulau Pinang. - Foto NSTP/Danial Saad


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1304762/lebih-300000-pengunjung-meriahkan-kjh-pulau-pinang







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2024 02:44 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 1.062664 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list