CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15945|Reply: 0

[Pulau Pinang] Fitnah Senator: Polis rekod keterangan empat individu

[Copy link]
Post time 30-9-2024 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Fitnah Senator: Polis rekod keterangan empat individu


Zuhainy Zulkiffli[email protected]







Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad.





Georgetown: Seramai empat individu dipanggil bagi merekodkan keterangan berhubung kes Senator dari negeri ini yang mendakwa difitnah dengan tuduhan memaksa pengawal peribadinya memakan daging khinzir.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pada masa ini pihaknya sedang melengkapkan siasatan kes berkenaan.

"Siasatan masih dijalankan dan kita akan lengkapkan siasatan dalam tempoh terdekat.

"Kertas siasatan yang lengkap akan diserah kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut," katanya kepada media hari ini.

Terdahulu Hamzah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid dengan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Halim Yatim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

Jumaat lalu, Hamzah memaklumkan kertas siasatan dibuka selepas polis menerima laporan daripada Senator berusia 38 tahun itu pada Khamis.



Disiarkan pada: September 30, 2024 @ 1:27pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1139253/fitnah-senator-polis-rekod-keterangan-empat-individu





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.059185 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list