CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14795|Reply: 0

[Kedah] Penat cuci rumah belum hilang, banjir kali kedua pula berlaku

[Copy link]
Post time 30-9-2024 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Penat cuci rumah belum hilang, banjir kali kedua pula berlaku


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







Mohd Nazmi Ismail membantu ibunyu menolak air keluar dari rumahnya di Kampung Empa yang dilanda banjir. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI





Pokok Sena: "Makcik dan anak baru saja selesai cuci dua rumah kami Sabtu lalu selepas dilanda banjir di Kampung Empa, di sini, sejak 18 September lalu.

"Namun belum sempat kami berehat, tiba-tiba rumah kami dimasuki air kali kedua semalam tetapi tidak seteruk sebelum ini," kata Siti Leha Man, 76.

Siti Leha berkata, dia dan anaknya, Mohd Nazmi Ismail, 36, sebelum ini tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pokok Sena sebelum pulang ke rumah tiga hari kemudian.

Katanya, mereka mengambil masa kira-kira seminggu untuk mencuci bahagian dalam dan luar rumah.

"Namun, tak sangka pula air naik penuh dalam rumah dan di perkarangan rumah selepas Maghrib Sabtu lalu tetapi mulai surut hari ini.

"Memang sedih tengok lantai rumah dan barang-barang lain kembali kotor dan basah malah saya memang sudah tidak berdaya nak bersihkan lagi rumah ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Siti Leha berkata, dia tidak berdaya untuk mengangkat barang berat disebabkan usianya yang sudah lanjut selain menghidap pelbagai penyakit.

Katanya, perabot dan barangan dalam rumahnya ditenggelami air dalam kejadian pertama dan kedua.

"Buat masa sekarang, kami nak tengok dulu dan tunggu air surut sepenuhnya. Kami perlu kumpul kekuatan dan semangat dulu sebelum boleh cuci rumah," katanya.

Anaknya, Mohd Nazmi berkata, dia mengambil masa kira-kira seminggu untuk membersihkan rumah akibat banjir kali pertama.

Katanya, pada petang Sabtu lalu, mereka baru siap membersihkan sepenuhnya dua rumah, tetapi malam itu air naik semula.

"Memang sedih tengok barang basah dan kotor semula.

"Banyak barang yang rosak seperti peti ais dan almari kayu dan dalam kejadian banjir kali pertama, air paras pinggang dan kali ini paras betis," katanya.

Dia berharap banjir kali kedua cepat surut dan ada pihak yang dapat menghulurkan bantuan kepada mangsa terjejas.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Kedah terus mencatatkan peningkatan apabila seramai 1,431 orang daripada 459 keluarga dipindahkan ke 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pokok Sena, Kota Setar dan Kubang Pasu setakat 1.30 tengah hari ini.

Jumlah mangsa tertinggi berada di Pokok Sena iaitu seramai 737 orang, diikuti Kota Setar, 410 orang dan Kubang Pasu, 284 orang.

Dalam pada itu, enam sungai kini berada pada paras bahaya iaitu Sungai Bata dan Sungai Padang Terap di Kubang Pasu, Sungai Anak Bukit di dua lokasi iaitu di Taman Aman dan Jambatan TAR serta Sungai Kedah di Kota Setar, manakala satu adalah Sungai Titi Kerbau di Pendang.



Disiarkan pada: September 30, 2024 @ 3:39pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1139318/penat-cuci-rumah-belum-hilang-banjir-kali-kedua-pula-berlaku





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.672001 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list