CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42033|Reply: 2

[Kedah] Tindakan suspek sangat kejam, saya hilang kata-kata - Anak Sabari

[Copy link]
Post time 1-10-2024 02:09 AM | Show all posts |Read mode
Tindakan suspek sangat kejam, saya hilang kata-kata - Anak Sabari


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







MUHAMMAD Amir Hakimi hadir ke lokasi pencarian bapanya, Sabari, yang dilaporkan dicampak di Sungai Padang Terap. FOTO Wan Nabil Nasir





Jitra: "Tindakan yang dilakukan suspek terhadap ayah sangat kejam dan keterlaluan sehingga sanggup dia buang ayah dalam sungai," kata Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25.

Muhammad Amir Hakimi yang juga anak bongsu Sabari Baharom, 62, meluahkan perasaan itu ketika ditemui di lokasi pencarian jasad bapanya di Sungai Padang Terap di Wang Tepus, di sini hari ini.

Menurutnya, dia bagaikan hilang kata-kata apabila dimaklumkan polis bahawa bapanya dicampakkan ke dalam sungai.

"Perbuatan dia terhadap ayah sangat keterlaluan kerana ayah orang yang sangat baik.

" Saya difahamkan ayah juga melayan suspek iaitu seorang kontraktor dengan baik," katanya di sini hari ini.

Muhammad Amir Hakimi berkata, suspek yang ditahan polis itu dipercayai kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembinaan sebuah rumah terletak berhampiran rumah bapanya di Baling.

Katanya, lelaki tempatan itu dipercayai baru saja menjalankan kerja-kerja pembinaan di situ kira-kira lima bulan lalu.

"Dia sebenarnya bukan orang Baling dan hanya datang ke situ untuk projek pembinaan rumah dan kami tidak tahu dia mempunyai niat tidak baik.

"Saya dan dua kakak juga akan melakukan solat hajat sekali lagi selain berdoa supaya jasad ayah ditemui dengan segera" katanya yang berharap supaya jasad bapanya ditemui dengan segera.

Terdahulu, media melaporkan polis Kedah mengesahkan pesara pegawai kewangan Felcra, Sabari dipercayai dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, di sini dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, jasad mangsa bagaimanapun belum ditemui setakat ini dengan usaha mencari sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat.

Media sebelum ini melaporkan Sabari hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling dengan menaiki kereta jenis Proton Waja pada 4 September lalu.

Kehilangan warga emas itu disedari anaknya selepas telefon bimbit dimatikan selain terdapat transaksi pengeluaran wang dari akaun bank milik Sabari.



Disiarkan pada: September 30, 2024 @ 9:18pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1139428/tindakan-suspek-sangat-kejam-saya-hilang-kata-kata-anak-sabari





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 07:48 AM | Show all posts
allahuakbar kesiannya..
teringat komen forumer kat thread sebelah yg kata dia menikah kat siam..

zaman skrg ni klu hilang je, mcm xde harapan dah nak ditemui dgn selamat..
semoga Allah pelihara kita & keluarga kita dari perkara2 mcm ni..takutnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 09:23 AM | Show all posts
isteri dia ada tak.. duduk sorang ka...

msti mangsa jenis byk duit, eeii takutt... senang ja org nk peras duit kita zaman skrg, tak dpt cara halus, cara kasar ...

mayat tak di jumpai lg almost 4 minggu, mgkin sbb pelaku ikat pemberat kt kaki? smoga allah temukan mangsa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.930264 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list