CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24068|Reply: 0

[Kedah] Banjir kilat dijangka lebih kerap sepanjang peralihan monsun di Kedah

[Copy link]
Post time 1-10-2024 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Banjir kilat dijangka lebih kerap sepanjang peralihan monsun di Kedah


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







BANJIR di Pokok Sena. FOTO BERNAMA





Alor Setar: Banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini sejak minggu lalu, dipercayai akibat kesan peralihan monsun bermula yang 24 September lalu, yang mencetuskan ribut petir dan banjir kilat terutama di kawasan pedalaman Kedah.

Pengarah Meteorologi Malaysia Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz berkata, lebih banyak banjir kilat dan angin kencang diramalkan berlaku dalam tempoh peralihan itu sehingga awal November depan.

Beliau berkata, peralihan monsun ini yang diramalkan berlaku di pantai barat termasuk Kedah akan membawa taburan hujan tinggi pada sebelah lewat petang dan malam.

"Ia berpotensi membawa banjir kilat dan ribut petir. Ini termasuk kejadian yang berlaku di Padang Terap dan Pokok Sena, minggu lalu, yang berkemungkinan berlaku akibat taburan hujan yang tinggi di kawasan itu.

"Ini bukan gelombang kedua banjir iaitu kesinambungan daripada bencana yang berlaku pada pertengahan bulan lepas.

"Ia tiada kaitan gelombang kedua dan tidak berlaku di Kedah seperti di Pantai Timur apabila kita menjangkakan ada beberapa luluran gelombang sehingga enam, tujuh kali," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Muhammad Khalil dalam pada itu menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan situasi semasa cuaca bagi mengelakkan kejadian tidak diingini sepanjang peralihan monsun ini.



Disiarkan pada: Oktober 1, 2024 @ 9:47am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1139555/banjir-kilat-dijangka-lebih-kerap-sepanjang-peralihan-monsun-di-kedah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.607682 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list