CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61530|Reply: 1

[Perlis] Lima sekawan didakwa cuba bunuh polis, lakukan khianat

[Copy link]
Post time 5-10-2024 06:45 AM | Show all posts |Read mode
Lima sekawan didakwa cuba bunuh polis, lakukan khianat


Aizat Sharif[email protected]








Kangar: Lima sekawan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan cuba membunuh anggota polis dan melakukan khianat dengan memotong kabel telekomunikasi milik Telekom Malaysia (TM), bulan lalu

Mohd Firdaus Abdul Hadi, 34; Muhammad Alif Saiful Ahmad Zaini, 31; Muhammad Badrul Amin Ahmad, 26; Muhammad Yasin Zairi, 20; dan Abdul Tawwab Abd Ghalib, 36; membuat pengakuan itu hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.

Mengikut pertuduhan pertama, tiga tertuduh iaitu Mohd Firdaus, Muhammad Alif Saiful dan Muhammad Badrul Amin bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa cuba membunuh anggota polis dengan melanggar MPV Proton Waja dinaiki mereka menggunakan kenderaan jenis Proton X70.

Kesalahan didakwa dilakukan di Taman Jejawi, Arau antara 4 pagi hingga 4.20 pagi, 27 September lalu.

Sementara, Abdul Tawwab dituduh melakukan cubaan bunuh terhadap anggota polis dengan memandu kereta Perodua Myvi dengan laju dan berbahaya di lokasi dan masa sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama.

Bagi pertuduhan kedua, kelima-lima mereka bersama seorang lagi masih bebas didakwa melakukan khianat dengan memotong kabel milik TM hingga menyebabkan kerosakan kepada harta itu di Taman Jejawi, Arau antara 4 pagi hingga 4.20 pagi, 27 September lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk S Ganesan dan Muhamad Amirul Mansor.

Mahkamah menetapkan 24 Oktober depan untuk sebutan semula kes.



Disiarkan pada: Oktober 4, 2024 @ 9:17pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1140960/lima-sekawan-didakwa-cuba-bunuh-polis-lakukan-khianat



LIMA sekawan didakwa cuba bunuh polis dan melakukan khianat dengan memotong kabel telekomunikasi. FOTO Aizat Sharif.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2024 06:46 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.157501 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list