CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62754|Reply: 0

[Kedah] Langkawi antara 5 daerah berdepan air pasang besar mulai 18 Oktober

[Copy link]
Post time 5-10-2024 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Langkawi antara 5 daerah berdepan air pasang besar mulai 18 Oktober


Oleh Hamzah Osman - Oktober 5, 2024 @ 12:13pm[email protected]





Infografik fenomena air pasang besar yang dijangka melanda lima daerah di Kedah yang dimuat naik di laman Facebook JPS Kedah. - Facebook JPS Kedah





LANGKAWI: Langkawi antara lima daerah di Kedah bakal berdepan fenomena air pasang besar selama tiga hari bermula 18 oktober ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah menerusi perkongsian di Facebook, memaklumkan banjir berpotensi berlaku sekiranya berlaku pertembungan air pasang, angin kencang dan hujan lebat pada satu masa.

Berdasarkan infografik yang dimuat naik di laman sama, selain Langkawi, daerah lain yang turut berdepan fenomena sama adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda.

"Di Langkawi membabitkan Kampung Bakau Kelibang, selain itu Kampung Kuala Kerpan, Kuala Jerlun dan Kuala Sanglang (Kubang Pasu), Jeti Kuala Kedah, Jeti Nelayan Seberang Kota, Taman Sri Putra dan Sri Pantai (Kota Setar).

"Daerah Yan pula membabitkan Kampung Kuala Raga, Kuala Sala, Kuala Sungai Yan Kechil, diikuti Kampung Paya, Huma, Sungai Yu, Bukit Kechik, Kepala Tanjung, Tukang Jusoh dan Sungai Meriam (Kuala Muda)," katanya.

Pada 18 Oktober, bacaan paras air laut tertinggi dijangka mencecah tiga meter (m) pada jam 1.01 pagi, manakala 1.10 tengah hari menurun kepada 2.8m dan berada pada paras 0.9m pada 10 malam.

Bacaan paras air laut pada 19 Oktober pula diramalkan 0.31m pada jam 1.33 pagi, diikuti 2.7m jam 1.50 tengah hari dan 0.6m jam 10.33 malam.

Pada hari terakhir (20 Oktober), bacaan paras air laut adalah 3m jam 2.05 pagi, manakala paras dijangka menurun kepada 2.5m jam 2.30 petang dan seterusnya mencecah 0.8m jam 9.03 malam.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1306917/langkawi-antara-5-daerah-berdepan-air-pasang-besar-mulai-18-oktober






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.064191 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list