CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59801|Reply: 0

[Pulau Pinang] Baki 6 'projek sakit' PR1MA siap tahun ini - Kor Ming

[Copy link]
Post time 5-10-2024 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Baki 6 'projek sakit' PR1MA siap tahun ini - Kor Ming


Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]





NGA Kor Ming (dua kiri) mengadakan sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Ideal Residency di Residensi Bukit Gelugor (Ideal Residency), Pulau Pinang. FOTO Mikail Ong





Georgetown: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) optimis dapat menyelesaikan baki enam projek di bawah agensi perumahan mampu milik utama, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang dikategorikan sebagai 'projek sakit' membabitkan empat negeri pada tahun ini.

Menterinya, Nga Kor Ming, berkata negeri itu ialah Melaka (dua), Negeri Sembilan (satu), Kelantan (satu) dan Kedah (dua) dengan 18 daripada 24 'projek sakit' diwarisi ketika beliau menerajui kementerian itu sudah selesai.

"Kita sebenarnya mencapai jangkaan dan enam projek ini akan siap sepenuhnya tahun ini juga dan kita akan pastikan tiada lagi projek sakit.

"Semuanya akan pulih, 'keluar ICU' kembali sihat walafiat," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Residensi Bukit Gelugor di bawah projek PR1MA di sini, hari ini.

Terdahulu Kor Ming berkata, projek terdiri daripada 1,218 unit itu adalah projek terbesar PR1MA di Pulau Pinang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti surau, taman permainan serta dewan serba guna siap sepenuhnya pada 22 Ogos lalu berbanding sasaran asal Ogos 2025.

Beliau berkata, setakat Ogos lalu PR1MA mempunyai 88 projek bersamaan 54,137 unit di seluruh negara yang berada dalam pelbagai peringkat fasa pembangunan.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 61 projek terdiri daripada 41,321 unit berjaya disiapkan, manakala 27 projek terdiri daripada 12,816 unit masih dalam fasa pembinaan dan perancangan," katanya.

Kor Ming berkata, kerajaan turut bercadang memperkenalkan konsep berpagar dengan akses terhad terhadap pemilik yang culas membayar yuran penyelenggaraan dalam Program Residensi Rakyat (PRR) iaitu penjenamaan semula Program Perumahan Rakyat (PPR)

"Mereka menikmati kemudahan tapi sengaja tak mahu bayar. Saya bagi contoh, ada PPR di Perlis yang mana kebanyakan kediaman ada Astro dan mampu bayar tapi yuran penyelenggaraan tak mahu bayar.

"Jadi itu bukan tidak mampu, memang lalai ataupun tidak bertanggungjawab. Sehubungan itu, untuk PRR akan datang kita cadang melakukan konsep 'gated' (berpagar) yang mana mereka yang bayar diberikan kad akses manakala yang culas saya minta maaf, ini akan kita kaji.

"Sebagai contoh, Kerajaan Johor menunjukkan inisiatif baik dalam hal ini, dan kita bercadang untuk melaksanakan langkah serupa di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata, dalam hal itu, pemohon yang berjaya mendapatkan rumah menerusi PRR akan diwajibkan menghadiri sesi taklimat untuk meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab melunaskan yuran penyelenggaraan.

"Saya yakin rakyat Malaysia ramai yang baik-baik cuma kadang-kadang mereka tidak sedar apabila masuk, dia kena ada kewajipan dan tanggungjawab. Oleh kerana itu, memang adalah tugas kerajaan kita nak berikan kesedaran jadi mereka kena hadir taklimat.

"Maka kita akan lancarkan PRR pada tahun 2025, nantikan model yang akan (membuatkan) anda berasa terpesona," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 5, 2024 @ 4:37pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1141208/baki-6-projek-sakit-pr1ma-siap-tahun-ini-kor-ming





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.122036 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list