CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63884|Reply: 0

[Kedah] Banjir di Baling pulih, 8 PPS ditutup sepenuhnya

[Copy link]
Post time 5-10-2024 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Banjir di Baling pulih, 8 PPS ditutup sepenuhnya


Safuri Kamarudin[email protected]





Anggota APM Baling mengemas Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Kampung Lahar Bongor selepas semua mangsa banjir dibenarkan pulang. FOTO IHSAN APM.





Baling: Lapan Pusat Penempatan Sementara (PPS) di daerah ini ditutup sepenuhnya jam 5 petang ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab.Aziz, berkata lapan PPS terbabit iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari, SK Siong, SK Seri Bayu, Surau Al-Baraqah Kampung Tembak B, Dewan Banggol Derum, Surau Kampung Lahar, Dewan Batu 48 Bongor dan Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Parit Panjang.

Beliau berkata, mangsa dibenarkan pulang apabila air Sungai Ketil semakin surut dan mereka selamat untuk pulang ke rumah masing-masing.

"Mangsa berpindah sejak malam kelmarin selepas penempatan mereka dinaiki air sehingga paras satu meter.

"Bagaimanapun sekiranya hujan lebat dan banjir semula mangsa diarah berpindah segera ke kawasan selamat dan PPS yang disediakan," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 5, 2024 @ 5:03pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1141215/banjir-di-baling-pulih-8-pps-ditutup-sepenuhnya





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.039774 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list