Reman dua suspek disyaki bunuh Sabari disambung hingga 10 Oktober
Zuliaty Zulkiffli[email protected]
Sabari Baharom
Alor Setar: Reman terhadap dua suspek yang ditahan polis berkaitan pesara pegawai kewangan Felcra, Sabari Baharom, 62 yang dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Kampung Empa di Jitra, disambung sehingga 10 Oktober depan.
Jurucakap polis berkata, kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu sebelum ini direman dari tarikh mereka ditahan sehingga hari ini untuk membantu siasatan.
"Bagaimanapun mereka disambung reman lima hari lagi mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan untuk membantu siasatan berhubung kes khianat bakar kereta," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, Sabari Baharom, 62, dilaporkan hilang sejak 4 September lalu dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang, Baling.
Disiarkan pada: Oktober 5, 2024 @ 9:32pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1141280/reman-dua-suspek-disyaki-bunuh-sabari-disambung-hingga-10-oktober
|