CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49259|Reply: 0

[Kedah] KPT usaha pastikan capaian Internet di IPTA pada tahap tertinggi

[Copy link]
Post time 6-10-2024 11:04 AM | Show all posts |Read mode
KPT usaha pastikan capaian Internet di IPTA pada tahap tertinggi


Oktober 6, 2024 @ 8:46am






(Gambar fail) Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. - FOTO BERNAMA




SINTOK: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) giat berusaha memastikan capaian Internet di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata KPT sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk tujuan itu, sebagaimana diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu isu kelemahan capaian Internet di IPTA diselesaikan segera.

"Perdana Menteri ingin memastikan semua IPTA dan politeknik dilengkapi capaian Internet yang tinggi. Ini bermakna bukan sekadar ada tetapi juga ia perlu konsisten.

"Paling penting, capaian Internet yang optimum membolehkan proses penyelidikan dan pembelajaran di universiti berjalan lancar tanpa sebarang gangguan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program 'In Person With Doc Zam' di Dewan Mu'adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, malam tadi.

Zambry berkata, kajian berkait usaha meningkatkan capaian Internet di semua universiti awam telah dijalankan, dan peringkat seterusnya akan membabitkan politeknik.

Sementara itu, beliau berkata, siri jelajah program 'In Person With Doc Zam' yang berakhir malam tadi di UUM, memberi impak positif dan mendapat sambutan amat menggalakkan daripada pelajar universiti yang dikunjunginya.

"Malam ini (malam tadi) adalah rangkuman kepada siri jelajah saya sempena pendaftaran pelajar baharu ke universiti.

"Kita memilih empat kawasan (universiti), iaitu dua di Lembah Klang dan dua lagi di luar kawasan Lembah Klang.

"Kita melihat sambutan sangat baik kerana pelajar berpeluang berinteraksi secara langsung dengan Menteri. Ini adalah pendekatan yang saya gunakan ketika menjadi Menteri Besar dulu untuk dekat dengan mereka," katanya.

Beliau menjelaskan, minggu pertama kemasukan ke universiti bukan sekadar minggu orientasi tetapi juga proses penyesuaian pelajar ke alam baharu, kerana mereka memerlukan masa untuk mengadaptasi diri dengan suasana berbeza.

Pada sesi dikendalikan oleh pelakon dan pengacara, Fizo Omar, Zambry turut berkongsi kisah hidupnya sebagai anak nelayan yang dibesarkan di perkampungan nelayan di Pulau Pangkor.

Beliau sekali gus berpesan kepada pelajar, terutama golongan kurang berkemampuan, agar tidak menjadikan kesukaran hidup sebagai penghalang untuk mencapai kejayaan. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1307183/kpt-usaha-pastikan-capaian-internet-di-ipta-pada-tahap-tertinggi






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.034258 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list