CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38453|Reply: 0

[Kedah] 'Keadaan ini meletihkan'

[Copy link]
Post time 6-10-2024 05:53 PM | Show all posts |Read mode
'Keadaan ini meletihkan'

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Oktober 6, 2024 @ 4:35pm[email protected]





Anggota APM memantau kawasan ditenggelami banjir yang melanda Changlun. - Foto ihsan APM





CHANGLUN: Letih berdepan masalah kediaman ditenggelami banjir tiga kali dalam tempoh kurang tiga minggu, dengan yang terbaru rumah kembali dinaiki air selepas baru tiga hari dicuci.

Itu keadaan dihadapi Azizah Wahab, 46, yang juga antara 154 mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun selepas rumahnya di Kampung Nang Mah, di sini, dilanda bah susulan hujan lebat, semalam.

Sebelum ini, Azizah berkata, beliau sekeluarga telah berpindah ke PPS pada 19 September lalu selama empat hari, diikuti 27 September (tiga hari).

"Baru tiga hari selesai mencuci rumah, banjir melanda lagi awal pagi tadi menyebabkan kami terpaksa berpindah kali ketiga ke PPS dalam tempoh tidak sampai tiga minggu.

"Kami sekeluarga baru pulang semula ke rumah pada Selasa lalu, namun terpaksa berpindah semula ke PPS. Keadaan ini meletihkan kami," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan itu, hari ini.

Azizah berkata, beliau bersama lima anaknya berpindah ke PPS sekitar jam 4 pagi berikutan kawasan rumah dinaiki air setinggi hampir satu meter.

"Boleh dikatakan setiap tahun, rumah dilanda banjir dan kami berpindah ke PPS. Namun, keadaan banjir kali ini lebih teruk dan meletihkan. Paras air banjir juga semakin tinggi," katanya.

Bagaimanapun, katanya, mujur mereka belum menurunkan barang-barang yang diletakkan di tempat tinggi sebelum ini.

Dalam kejadian semalam, beliau berkata, hujan lebat berlarutan sejak tengah hari menyebabkan air Sungai Laka di belakang rumahnya melimpah.

"Air mula masuk rumah sekitar jam 7 malam dan semakin tinggi sehingga kami tidak dapat melelapkan mata sebelum akhirnya berpindah ke PPS kira-kira jam 4 pagi.

"Saya bimbang melihat keadaan anak lelaki bongsu berusia empat tahun kerana dia menghidap penyakit asma tetapi setakat ini, tiada apa yang berlaku padanya," katanya.

Sementara itu penduduk dari Kampung Paya Nong Mi, Abdul Syukur Md Amin, 55, berkata beliau juga berpindah ke PPS untuk kali ketiga kerana memikirkan keselamatan ibunya, Jamaliah Bakar, 78.

Namun, katanya, beliau bersyukur kerana kemudahan di PPS itu, termasuk dari segi makanan dan minuman, sentiasa mencukupi.

"Semalam, air yang turut membawa selut, naik agak deras bermula jam 9 malam menyebabkan kami terpaksa berpindah tetapi alhamdulillah, segala keperluan disediakan di PPS amat mencukupi buat kami.

"Agak perit sebenarnya untuk berdepan keadaan ini kerana rumah saya belum sempat dicuci sepenuhnya lagi tetapi tiba-tiba dilanda banjir semula," katanya.

Sementara itu Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata seramai 154 mangsa banjir membabitkan 53 keluarga berlindung di PPS itu, setakat jam 12 tengah hari tadi.

Beliau berkata, mereka adalah penduduk dari lapan kampung di sini, iaitu Kampung Belakang Sekolah Dato Kemara, Kampung Kubang Kayu, Kampung Paya Lantau, Kampung Belukar, Kampung Bendang Tok Leh, Kampung Padang Halban, Kampung Nang Mah dan Kampung Paya Nongmi.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1307403/keadaan-ini-meletihkan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.038352 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list