CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39223|Reply: 2

Isham Jalil dakwa Fahmi lantik adik ceo mdec

[Copy link]
Post time 6-10-2024 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Apoo at 6-10-2024 07:53 PM

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil dengan hantaran bertajuk “Ralat Adik Fahmi Fadzil” tampil memberi penjelasan.

Katanya, dia pagi tadi bertanyakan sama ada CEO MDEC yang baharu itu adik kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Saya tanya sebab sejak semalam telah tular dan kecoh di TikTok yang kononnya adik Fahmi Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC.

“Namun, tidak ada apa-apa maklum balas daripada Fahmi atau MDEC.

“Oleh itu, saya mahu penjelasan, sebab jika ia benar ia tidak bagus, dan jika tiada maklum balas, maka orang akan percaya perkara yang tidak betul,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Isham dihujani kecaman orang ramai selepas “bertanyakan” sama ada CEO MDEC, Anuar Fariz Fadzil adalah adik Fahmi.

Bagaimanapun, dalam hantaran sama di perenggan terakhir dia kemudiannya memberitahu bahawa Anuar Fariz bukan adik Fahmi.

“… nama bapa saja sama. Mungkin berkawan saja,” kata Isham.

Rata-rata menempelak sikap Isham yang dipecat MKT UMNO pada Disember 2023 itu.

Dah jatuh darjat Isham Jalil ni. Dulu tengok muka macam hebat. Sekarang perangai mengalahkan Mat Rempit,” kata pengguna X, @saidinrose1.

Sementara itu, @tevanraj pula menulis, “Lain macam. Patut saman sampai bankrap”.

Dalam masa sama, rupa-rupanya Isham telah melakukan banyak suntingan pada hantaran tersebut.

“9 kali saya edit agar tak kena saman,” perli @CenPolo.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2024 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku insan yang lemah,
ah-nya mampu berserah...



Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 09:14 AM | Show all posts
mdec adalah salah satu organisasi yang arwah prof iols tak nak buat collaborate dulu projek dia.dia tolak mentah2 offer tu.dibalik mdec tu ada org mata sepet katanya.dia x minat nk berurusan dgn cina bukit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.040588 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list