CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36087|Reply: 0

[Kedah] KPK pulihkan 420,000 hektar ladang getah terbiar, sedia kerjasama dengan pekebun - Johari Ghani

[Copy link]
Post time 7-10-2024 03:23 PM | Show all posts |Read mode
KPK pulihkan 420,000 hektar ladang getah terbiar, sedia kerjasama dengan pekebun - Johari Ghani

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Oktober 7, 2024 @ 2:49pm[email protected]




Johari (tiga dari kiri) ketika melancarkan Getah Asil Mampan Malaysia (MSNR) di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, di sini, hari ini. - NSTP/NOORAZURA ABDUL RAHMAN





BALING: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan memastikan 420,000 hektar ladang getah yang kini terbiar kembali dipulihkan, sekali gus membantu meningkatkan kapasiti pengeluaran hasil komoditi itu untuk memenuhi keperluan industri.

Menteri Komoditi dan Perladangan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata untuk itu pihaknya sudah mengarahkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk bertemu pekebun dan peladang getah yang memiliki ladang getah terbiar bagi memulakan semula penorehan.

Katanya, KPK dan LGM dengan kerjasama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan mencari jalan untuk mengusahakan semula ladang getah terbiar dengan persetujuan mereka.

"Apabila kita tanya, mereka memberi alasan terlalu uzur untuk menoreh, kos tinggi untuk menjaga ladang dan harga getah murah.

"Kalau mereka setuju untuk kerjasama, kita akan mengupah pekerja untuk menoreh pokok getah di ladang mereka untuk meningkatkan hasil dan mereka akan menerima sebahagian keuntungan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Getah Asil Mampan Malaysia (MSNR) di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Johari berkata langkah pemulihan itu adalah sebahagian daripada usaha untuk mengoptimumkan penggunaan 1.1 juta hektar ladang getah di seluruh negara bagi membolehkan negara kembali menjadi antara pengeluar getah asli utama.

Beliau berkata, sekiranya itu dapat dicapai, ia dapat mengurangkan kos import bahan asli berkenaan yang mencecah RM6 bilion.

"Kita pernah menjadi pengeluar getah terbesar dunia dengan menghasilkan satu juta tan getah, tetapi sekarang hanya 380,000 tan dikeluarkan.

"Jadi negara terpaksa mengimport getah untuk menampung keperluan dalam negara dengan nilai RM6 bilion.

"Dalam negara kini terdapat 1.1 juta hektar ladang getah, tetapi 420,000 hektar daripadanya berada dalam keadaan terbiar... kita mahu ladang getah terbiar ini ditoreh semula untuk meningkatkan penghasilan getah," katanya.

Mengenai penguatkuasaan MSNR bermula 1 Januari 2025, beliau berkata pemegang lesen serta permit LGM akan dikenakan syarat iaitu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mendapatkan pengiktirafan MSNR daripada agensi berkenaan.

Katanya, MSNR memberi fokus kepada lima prinsip utama kemampanan iaitu tiada penyahhutanan untuk penanaman getah, penanaman getah berpandukan Kanun Tanah Negara, kemampanan alam sekitar, pematuhan sosial dan kebolehkesanan rantaian bekalan.

"Antara isu utama dihadapi dalam industri getah di peringkat global adalah kekurangan elemen kebolehkesanan bahan mentah. Bagaimanapun, LGM mempunyai sistem kebolehkesanan yang komprehensif di peringkat huluan, pertengahan dan hiliran yang bakal melonjakkan Malaysia sebagai peneraju dalam penghasilan getah asli dan produk getah mampan dunia.

"Menyedari cabaran Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR), pelaksanaan MSNR dilihat penting dalam mengekalkan syer pasaran Malaysia sebanyak 10 peratus dengan nilai eksport getah asli ke Kesatuan Eropah (EU) sebanyak RM636.81 juta.

"Sementara syer pasaran produk getah Malaysia ke Kesatuan Eropah adalah sebanyak 16 peratus bernilai RM3.235 bilion," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1307797/kpk-pulihkan-420000-hektar-ladang-getah-terbiar-sedia-kerjasama





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.061890 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list