CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38770|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kebocoran, air masuk ruangan enjin punca feri senget

[Copy link]
Post time 9-10-2024 07:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 9-10-2024 07:18 PM

Kebocoran, air masuk ruangan enjin punca feri senget

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

09 Oktober 2024 06:23pm




Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Yeoh Soon Hin




GEORGE TOWN - Kebocoran pada bahagian bawah sehingga menyebabkan air memasuki ruangan enjin merupakan punca sebuah feri ikonik yang sedang dalam proses pengubahsuaian berada dalam keadaan senget dan hampir tenggelam.

Feri Pulau Pinang itu sedang diubahsuai untuk dijadikan Muzium Feri Pulau Pinang.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin berkata, syarikat yang menjalankan Projek Muzium Feri iaitu Printhero Merchandise Sdn Bhd (Printhero) sedang melaksanakan kerja-kerja menyelamat serta mengenal pasti punca kebocoran berkenaan.


"Syarikat tersebut bersama SPPP dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) ketika ini sedang menjalankan kerja-kerja tersebut.

"Tiada tumpahan minyak yang dikesan setakat ini dan pemantauan keadaan feri dibuat sepanjang masa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, tular beberapa keping gambar memaparkan Feri Pulau Pinang berada dalam keadaan senget dan hampir tenggelam di media sosial.

Tambah Soon Hin, feri tersebut didapati berada dalam keadaan senget sejak 6 Oktober lalu ketika berada di Dermaga South Inner Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT).

"Tindakan segera telah diambil oleh pihak syarikat tersebut untuk membuat pemeriksaan dan didapati bahawa air mula memasuki ruang enjin.


"Bagi mengelakkan feri tersebut karam di dermaga, pihak syarikat telah membuat keputusan untuk menunda feri tersebut ke kawasan yang lebih cetek berhampiran kawasan gudang di SPCT.

"Tindakan ini bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat di samping dapat melaksanakan pemeriksaan secara menyeluruh," katanya.

Menurutnya, Feri Pulau Pinang yang telah diberikan perjanjian pajakan kepada Printhero untuk dijadikan Feri Muzium Pulau Pinang telah ditunda keluar dari Bagan Dalam Slipway, Butterworth pada 3 Oktober lalu setelah menjalani kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian.

"Kebenaran oleh pihak Jabatan Laut Malaysia (JLM) kepada pihak syarikat bagi kerja-kerja penundaan Feri Pulau Pinang telah diberikan pada 2 Oktober.

"Feri ikonik ini ditempatkan sementara di SPCT sebelum ditunda ke lokasi akhir penempatan feri muzium tersebut iaitu di Tanjung City Marina di sini," katanya.

Sebelum ini, Feri Pulau Pinang yang dilaporkan telah separuh tenggelam di Bagan Dalam pada tahun 2021 itu sedang giat dibaik pulih untuk dijadikan muzium.

Kerja baik pulih berskala besar (major) telah siap dilakukan yang mana status kerja membaik pulih telah siap adalah antara 60 hingga 70 peratus.

Selebihnya, kerja-kerja itu dan juga kerja pengubahsuaian akan dilakukan di SPCT sebelum feri tersebut dibawa ke Tanjung City Marina untuk diletakkan di situ bagi kunjungan orang awam sebagai muzium feri terapung pertama di Asia.

https://www.sinarharian.com.my/article/690048/edisi/utara/kebocoran-air-masuk-ruangan-enjin-punca-feri-senget


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.411640 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list