CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27014|Reply: 0

[Kedah] Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 3,503

[Copy link]
Post time 10-10-2024 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 3,503

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Suasana penduduk Kampung Alor Madi yang sedang berpindah ketika air Dari Sungai Kedah yang melimpah dan melepasi paras bahaya pada gelombang banjir yang ke 3 di Kampung Alor Madi. FOTO WAN NABIL NASIR





Alor Setar: Mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 3,503 orang daripada 1,141 keluarga yang ditempatkan 23 di pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah, setakat 8 pagi ini

Ia meningkat berbanding 2,771 mangsa daripada 924 keluarga, 8 malam tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, daerah Kubang Pasu mencatatkan jumlah mangsa yang paling ramai iaitu 1,324 orang daripada 459 keluarga di sembilan PPS.

"Daerah Kota Setar pula mencatatkan seramai 1,197 mangsa daripada 373 keluarga di lapan PPS manakala Pokok Sena, 549 mangsa daripada 195 keluarga di empat PPS.

"Sementara itu, daerah Pendang pula mencatatkan seramai 433 mangsa daripada 114 keluarga di dua PPS," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, laman Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, lima sungai di negeri ini terus menunjukkan bacaan melepasi paras bahaya setakat 7.30 pagi tadi.



Disiarkan pada: Oktober 10, 2024 @ 8:31am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1142767/mangsa-banjir-di-kedah-meningkat-kepada-3503




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.080462 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list