CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8954|Reply: 0

[Pulau Pinang] Feri ikonik tenggelam bukan Muzium Feri

[Copy link]
Post time 17-10-2024 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 17-10-2024 12:05 PM

Feri ikonik tenggelam bukan Muzium Feri

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

17 Oktober 2024 11:09am




Feri Pulau Kapas yang dilaporkan tenggelam di PSAH pada pagi Khamis.




GEORGE TOWN - Video memaparkan sebuah feri ikonik tenggelam sebenarnya bukan feri yang sedang dalam proses baik pulih untuk dijadikan Muzium Feri Pulau Pinang.

Video tersebut tular di media sosial sejak pagi Khamis.

Menurut sumber, feri yang tenggelam itu terletak di Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Butterworth bukannya di Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT).

Jelas sumber itu lagi, feri tersebut dalam proses untuk dilupuskan.


"Feri yang tenggelam itu ialah Feri Pulau Kapas manakala yang sedang dibaik pulih adalah Feri Pulau Pinang.

"Feri itu memang dah lama, sekarang dalam proses untuk dilupuskan. Ia bukan feri yang sama sedang dalam proses baik pulih ketika ini untuk dijadikan muzium," katanya ketika dihubungi pada Khamis.


Sebuah klip video memaparkan sebuah feri ikonik telah tenggelam tular di media sosial yang mana, ia dikatakan feri yang sedang dibaik pulih untuk dijadikan muzium.

Bagaimanapun sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) atau syarikat yang menjalankan Projek Muzium Feri iaitu Printhero Merchandise Sdn Bhd (Printhero).


Sebelum ini, Feri Pulau Kapas dilaporkan senget dan tenggelam hampir keseluruhan di PSAH Butterworth kira-kira jam 3 pagi, 24 Julai lalu.

Kejadian itu dikatakan berlaku selepas tali pengikat feri terputus akibat angin kuat pada malam 23 Julai.


Pengerusi SPPP, Datuk Yeoh Soon Hin berkata, selain tali, pihaknya juga memasang 'iol boom' bagi mencegah sebarang tumpahan minyak dari bilik enjin.

Beliau berkata, hasrat untuk menjadikan Feri Pulau Kapas sebagai sebuah restoran terapung tidak dapat direalisasikan kerana terdapat ketidakpatuhan pemajak terhadap perjanjian pajakan selain pajakan telah ditamatkan pada Februari 2023.

Feri Pulau Kapas yang dibina pada tahun 1981 ini ditamatkan operasinya pada 31 Mei 2020 dan seterusnya feri berkenaan telah ditempatkan di PSAH.

Feri itu kemudiannya diserahkan kembali kepada SPPP oleh Prasarana Malaysia Berhad pada 1 Januari 2021.

Pada Julai tahun sama, SPPP dilaporkan menyerahkan lima buah feri ikonik lama Pulau Pinang kepada tiga syarikat yang berkelayakan untuk diubahsuai menjadi muzium, restoran terapung dan feri pelancongan.

Lima buah feri tersebut adalah Feri Talang-Talang, Feri Pulau Payar, Feri Pulau Undan, Feri Pulau Kapas dan Feri Pulau Pinang.

https://www.sinarharian.com.my/article/691468/edisi/utara/feri-ikonik-tenggelam-bukan-muzium-feri


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.201956 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list