CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9573|Reply: 0

[Kedah] Fenomena air pasang besar: Penduduk disaran sedia beg kecemasan

[Copy link]
Post time 17-10-2024 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Fenomena air pasang besar: Penduduk disaran sedia beg kecemasan

Hamzah Osman[email protected]




Mohd Faezie (kanan sekali) bersama anggotanya membuat pemantauan di Kampung Bakau. FOTO HAMZAH OSMAN





Langkawi: Kira-kira 200 penduduk di Kampung Bakau di sini, disaran menyediakan beg kecemasan bencana atau dikenali 'Ready2Go Bag' sebagai persediaan awal berdepan fenomena air pasang besar dijangka melanda awal pagi esok.

Pegawai Bencana Operasi dan Latihan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Langkawi, Leftenan (PA) Mohd Faezie Abdul Aziz berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan risiko ditanggung individu ketika banjir melanda.

"Penyediaan beg kecemasan bencana sangat disarankan kepada penduduk, terutamanya bagi kawasan yang telah dikenal pasti pihak berkuasa akan dilanda fenomena air pasang besar pada awal pagi esok.

"Jika berlaku bencana, terus capai beg itu untuk ke tempat lebih selamat," katanya ketika ditemui media selepas mengetuai enam anggota APM memantau dan mengedarkan risalah banjir di Kampung Bakau di sini, hari ini.

Untuk rekod, beg kecemasan bencana yang diperkenalkan APM pada 2015 itu mengandungi dokumen penting, selain pakaian, makanan dan bank kuasa (power bank) yang mampu menampung sekurang-kurangnya dua hari.

Mengulas lanjut mengenai persiapan APM Langkawi, Mohd Faezie berkata, seramai 50 anggota APM bersiap sedia 24 jam mulai petang ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana susulan fenomena luar biasa itu.

"Selain melakukan pemantauan, kita juga turut mengadakan Op Ramah sebagai pendekatan memberikan nasihat dan mengedarkan risalah berkaitan keselamatan ketika bencana banjir kepada penduduk berisiko.

"Dari pemantauan, sebahagian besar rumah penduduk di Kampung Bakau ini dibina di pesisir pantai, sebahagian lagi berada dalam laut, jadi penduduk memang berisiko banjir susulan fenomena air pasang besar," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Langkawi antara lima daerah di Kedah bakal berdepan fenomena air pasang besar selama tiga hari bermula pagi esok.

Bacaan paras air laut tertinggi dijangka mencecah tiga meter (m) pada 1.01 pagi, manakala 1.10 tengah hari menurun kepada 2.8m dan berada pada paras 0.9m pada 10 malam.



Disiarkan pada: Oktober 17, 2024 @ 1:19pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1145271/fenomena-air-pasang-besar-penduduk-disaran-sedia-beg-kecemasan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.047509 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list